Alhamdulillah,jumaat lepas(4/12/09),smart circle perubatan bagi tahun 1 dan 2 berjalan dengan lancar walaupun tidak semua dapat bersama dalam halaqah keilmuan ini.sedih juga kerana ahli keluarga tidak cukup.diharapkan,walaupun kami tidak dapat sama-sama berkumpul,saya mengharapkan agar adik-adik smart circle saya melakukan perkara yang bermanfaat dan tidak melanggar syarak..
Untuk adik-adik smart circle jannatul firdaus(asiah,hafidza,izzati azyan,sofieyah,aishah,akashah & anis),akak gembira mendapat adik-adik yang bersama-sama menghidupkan suasana kekeluargaan dalam smart circle kita.semoga hari-hari yang mendatang,membuatkan kita lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain.semoga ikatan yang terjalin itu berteraskan ukhuwwah fillah bukan friendship forever.
Buat adik-adik smart circle aishah humaira'(syafiah,intan,azhani,amirah,adila,nazilah,kaka,hamizah & keyda) dan tidak dilupakan buat sahabat tersayang,safiyyah aminuddin,semoga ukhuwwah antara kita semakin teguh dalam melayari bahtera sepanjang bergelar sebagai seorang pelajar perubatan dan insyaAllah,sebagai seorang doktor muslim juga.semoga,kebersamaan kita ini mnejadi pemangkin untuk mencapai kejayaan.
Tidak lupa juga,buat sahabat-sahabat smart circle syifa'(aizah,huda,hana,wani,tj dan kak maya),semoga smart circle menjadi satu medium kepada kita untuk lebih memahami dan mengenali antara satu sama lain walaupun sudah 3 tahun lebih kita bersama.semoga,ikatan yang terjalin ini tidak putus setelah kita semua bergelar doktor.insyaAllah,jika ada kelapangan dari segi material dan masa,kami yang semenanjung ingin ke sabah.'Sabahan" juga jangan lupa untuk ke semenanjung. ;)saya sayang kamu semua.
Terima kasih.Kalian adalah pemacu survival saya dalam melaksanakan taklifan yang diamanahkan.Buat sahabat-sahabat tahun empat,terima kasih kerana kebersamaan anda selama 3 tahun lebih ini menjadi pemangkin menuju kejayaan.Memang benar,kasih sayang anda semua adalah amanah kepada saya untuk memeliharanya..
(smart circle aisyah humaira')
No comments:
Post a Comment