Thursday, September 3, 2009

mEnTaDbIr & DiTaDbIr

"Maha suci Allah Yang di tanganNya lah segala kerajaan,dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,yang menjadikan mati dan hidup,supaya dia menguji kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Surah Al-Mulk:ayat 1 & 2)

Al-Mulk bermaksud kerajaan.Surah ini dijadikan sebagai salah satu surah harian yang sering dibaca pada waktu malam.Antara fadhilat surah ini ialah surah ini akan menjadi salah satu yang melindungi pembacanya daripada azab di dalam kubur.

Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho juga telah meriwayatkan bahawa , "surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, 'Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf'atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung,mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur, : Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.




Selain itu,pernah juga seorang doktor dalam bidang usuluddin(jika tidak silap) mengemukakan ayat ini untuk menjadi dalil naqli bagi menjawab soalan rakan sekelas saya.Ketika itu kami belajar tentang proses kejadian manusia berdasarkan surah al-mukminun.

Seusai doktor menyudahkan penerangannya,lantas seorak rakan kelas saya bertanya kepada doktor tentang hukum untuk menggugurkan janin apabila kita mengetahui bahawa bayi yang bakal dilahirkan bakal memperoleh penyakit genetik ataupun kecacatan.

Jawapan yang diberikan oleh doktor ialah tidak boleh digugurkan.Berdasarkan ayat 1 & 2 dalam surah al-mulk menyatakan bahawa Allah menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah hambaNya yang lebih baik amalannya.Bayi yang bakal dilahirkan itu menjadi ujian kepada kedua-dua ibu bapanya untuk melihat keimanan mereka kepada Allah.

UJIAN

Apabila dikatakan tentang ujian,ia boleh datang dalam bentuk TEKANAN dan DISKRIMINASI.Ujian juga boleh tampil dalam bentuk TAWARAN dan HABUAN.Pokoknya,jangan sampai kita tertelan mata pancing kerana ingatlah;sepat yang bodoh pun tidak akan memakan pancing emas.

(dipetik daripada kata pengantar dalam buku yang bertajuk kemuncup dalam perjuangan karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)


"Maha suci Allah Yang di tanganNya lah segala kerajaan,dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,yang menjadikan mati dan hidup,supaya dia menguji kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Surah Al-Mulk:ayat 1 & 2)

Antara sifat Allah SWT ialah sifat memiliki kerajaan.Sifat yang ada pada Allah itu perlu kita tiru;dimana kita diminta supaya menjaga kerajaan dan kerajaan yang paling kecil yang mesti dijaga ialah kerajaan diri sendiri,dan kerajaan yang besar ialah kerajaan rumah tangga manakala kerajaan yang paling besar ialah kerajaan yang melibatkan sebuah negeri atau negara.

Allah telah menyebutkan perkara yang penting dala dua ayat tersebut;
1)soal hidup dan mati





2)soal langit dan bumi




Kedua-duanya menjadi unsur yang penting dalam kerajaan Islam.Dunia hari ini menghidangkan kita dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan Islam dan kerajaan tidak Islam.

Apakah gambaran kerajaan tidak islam???

1)hanya memikirkan soal hidup sahaja
2)soal mati dianggap sebagai penyudah bagi seluruh kehidupan manusia
3)pentadbiran kerajaan tersebut hanya duniawi semata-mata,sekadar mencakupi kehidupan di bumi semata-mata.

Apabila landasannya adalah dunia semata-mata,akhirat bukan penghujungnya,lahirlah segala sikap dan sifat negatif yang boleh memusnahkan kerajaan tersebut.

Oleh itu,Allah mengajar hambaNya,apabila memerintah kerajaan,sama ada kerajaan itu kecil sahaja(tubuh badan/diri sendiri),kerajaan besar(rumah tangga) dan kerajaan yang paling besar(negeri/negara),kerajaan tersebut hendaklah dikendalikan selaras dengan kerajaan langit dan bumi.Kerajaan yang mematuhi sunnatullah dan syariatullah.

Daripada sekecil-kecil kerajaan sehinggalah kerajaan yang paling besar sekali,semuanya mestilah berlandaskan SUNNATULLAH & SYARIATULLAH.

Kerana itulah roh dan semangat tauhid itu namanya TAUHID,bukannya berkisar dalam erti mengEsakan Allah SWT semata-mata,tetapi turut mengEsakan pemikiran sekalian hambaNya,mengEsakan tindakan ke atas hamba Allah yang akhirnya mengEsakan pentadbiran ke atas makhluk di muka bumiNya.

Tanpa kita sedari,ayat 1 dan 2 surah al-Mulk tersebut menerangkan bahawa kita sebagai hamba Allah telah melibatkan diri dalam kerajaan seluas-luasnya waima secara senyap-senyap ataupun secara terang-terangan.

Maka,menjadi satu kewajipan ke atas kita sebagai khalifah di muka bumi ini memastikan semua kerajaan yang dipimpin daripada sekecil-kecil kerajaan sehingga kerajaan yang paling besar,mestilah caturannya berlandaskan Sunatullah dan Syariatullah.



No comments:

Post a Comment