Monday, December 7, 2009

merentasi 21

Apabila ditanya apa azam umur baru,hanya satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya,iaitu saya dah boleh mengundi ketika PRU di Malaysia nanti.Buat masa ini,impian tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan PRU 13 pun lambat lagi(tak silap seusai saya peroleh ijazah) dan jika PRU "just around the corner",akta yang diwujudkan membataskan keinginan saya untuk menjadi pegundi.

Tapi,pengundian exco-exco PERUBATAN pusat baru-baru ini menjadi langkah pertama saya untuk melaksanakan impian saya sebagai seorang pengundi.Keputusan pilihanraya PERUBATAN pusat telah diumumkan.Tahniah dan takziah diucapkan buat exco-exco PERUBATAN pusat bagi sesi 2010/2011 atas taklifan yang diamanahkan.

Zagzig bila lagi??tak sabar-sabar nak ambil bahagian sebagai pengundi.Sebenarnya,berdasarkan pemerhatian saya selama ini,seorang ketua atau pemimpin itu mesti kena banyak berkorban.Mereka berkorbanmasa(masa ulangkaji),wang(barangkali banyak digunakan untuk top up),jiwa(bersabar apabila menerima cemuhan,atau ketidakpuasan hati ahli)dan banyak lagi.Memang layak sungguhlah jika kita sebagai ahli menganugerahkan mereka tokoh tadhiyyah(tadhiyyah:yang sanggup berkorban) macam yang baru-baru ini dianugerahkan kepada Dr.Abdul Hadi dan Dr.Azlizan (wakil medic) dalam program raya haji(SHAHADAH 09) baru-baru ini.Tahnniah.

Memang layak sungguh sahabt-sahabt saya itu memperoleh gelaran tokoh Tadhiyyah.Izan,memang sibuk sentiasa.Namun,kesibukannya itu dalam organisasi tidak melupakan tanggungjawab dia kepada ahli bait.Macam Hadi pula,saya memang "tabik spring".Dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk dia berjalan sempurna kerana patah kaki,namun pasti jasadnya kelihatan dalam mesyuarat.Gigih sungguh beliau mendaki tingkat lima dewan DPMZ itu.

Sebenarnya,post kali ini,saya dedikasikan buat keluarga(mak,abah,shahir dan atul) sahabat-sahabat dan adik-adik(junior) saya di bumi Mesir amnya dan di zagazig khususnya atas ucapan-ucapan dan hadiah-hadiah yang diberikan tatkala usia ini menjangkau 21 tahun.Hana dah sibuk tanya di mana ulangtahun 21 diadakan..sabar ye Hana..Buat ahli bait Imarah Doktor Yusuf(kak wahida,adila,nisa' dan alia),minta maaf,asyik tertangguh sahaja rancangan kita untuk menjamu selera bersama-sama.Memang rindu untuk bersama-sama dengan awak semua.





(sebelum hadiah dibuka)




(unexpected cake)



(penyediaan sarapan oleh chef adila)



(Adila,Aizah,Amirah,Husna,Safiyyah dan Athirah(junior baru) : thanx for the gift)

*baru perasan,kebanyakan hadiah tersebut ada unsur-unsur merah jambu* :)

No comments:

Post a Comment