Wednesday, June 10, 2009

Quote for patho's day...


(aortic aneurysm-pengembangan yang tidak normal pada salur darah aorta)
*selalu dengar tentang penyakit ini dalam rancangan ER(emergency room)..cuma belum bersemuka lagi.. :)

Pathology...
7 hari lagi..
Kami(peljar perubatan malaysia tahun 3) sudah berjanji dengan mama kami(doktor Amal) untuk memperoleh keputusan terbaik(MUMTAZ) dalam peperiksaan akhir tahun 3 ini terutama bagi matapelajaran "KING OF MEDICINE" iaitu Patholgy..

"PROMISE was light and dreamy and LIFE become dark and praktical.But darkness is a funny thing if you are in it long enough,you can easily spot what's important.."

Mudah sahaja untuk melafazkan janji,namun untuk menunaikannya,berat hati rasanya..
Untuk merealisasikan janji tersebut,sudah pasti dituntut pengorbanan..
Bila dikatakan berkorban,kepahitannya terasa ketika melaluinya namun natijahnya indah apabila ia diakhiri..Segala kepahitan itulah yang mematangkan kita dan menjadikan kita lebih optimis dalam menempuh ranjau sepanjang kehidupan..

Pathology...
Selama beberapa bulan saya mendampingi tunjang utama dunia perubatan ini,memang seronok mempelajarinya..Di sinilah saya mula berkenalan dengan pelbagai jenis penyakit dan menyelami 'peribadi' penyakit tersebut..

Bagi saya,perkenalan tersebut memang indah,namun untuk memastikan bahawa pengetahuan tersebut dipasak dalam memori,hanya Allah sahaja yang tahu.Mungkin ukhuwwah saya dan pathology ini masih tidak mencapai martabat ukhuwwah yang paling rendah sekali iaitu salamatus sodri(berlapang dada)..haha,maknanya lepas ini,saya kena bersenang hati semasa mengulangkaji matapelajaran ini.Ukhuwwah dengannya kena ditingkatkan lagi.Yang penting,saya mesti boleh mengaplikasi dan mengadaptasi segala pengetahuan saya tentang perubatan ketika saya bersemuka dengan bakal pesakit saya.

"Peperiksaan sebenar dalam bidang perubatan ini adalah ketika berhadapan dengan pesakit namun peperiksaan untuk KEHIDUPAN adalah ketika kita berhadapan dengan Allah"

Sudah bersediakah saya untuk menghadapinya??

No comments:

Post a Comment