Bilakah semua ini akan berakhir...
cukuplah...saya tidak tahan lagi..
sedih,marah,kecewa..segala-galanya ada...
Bilakah mereka yang tidak bersalah ini akan dibebaskan...
Kenapa mereka ditahan tanpa bicara??
Adilkah??sedangkan,di akhirat nanti,semua umat manusia akan dihisab amalannya untuk menetukan syurga atau neraka..Allah itu Maha Besar dan Maha Adil..Tiada siapa yang mampu menandingi kuasa Allah...
Akan tetapi,saya lihat pemerintah masa kini,dengan kuasa yang tidak sebesar mana,berlgak seolah-olah dialah yang paling berkuasa...mereka lupakah bahawa ada kuasa yang lebih besar dan berkuasa iaitu Allah??merka tidak ingatkah,setiap perbuatan mereka walaupun sebesar zarah akan dihisab juga??malangnya,kejahatan mereka bukan sebesar zarah...barangkali sebesar lautan di muka bumi..
ISA...
bilakah pengakhirannya??sudah silih berganti negara bertukar tampuk kepimpinan,akan tetapi,dimanakah keadilan??sehingga kini,saya masih tidak jelas lagi akan keperluan ISA tersebut dan saya rasa tidak perlu diperjelaskan..cukuplah hukum Allah dilaksanakan di muka bumi,nescaya amanlah seluruh isi bumi..
Antara kezaliman ISA yang semestinya sudah terang lagi bersuluh..
1)Pemergian Aina Mardhiah Shahrial ke Rahmatullah tanpa sempat menatap wajah ayahnya,Shahrial buat kali terkahir.Shahrial merupakan salah seorang tahanan ISA yang telah ditahan tanpa bicara selama 7 tahun.Walaupun telah dibebaskan tetapi dideport ke Indonesia,namun peristiwa hitam itu masakan boleh dilupakan.
2)Saudara Nasarudin Nasir,tahanan ISA yang telah dibebaskan juga kehilangan ibunya semasa dalam tahanan.Beliau DIberi masa yang terhad untuk bersama arwah ibunya buat kali yang terakhir.
3)Baru-baru ini,saudara Mat Sah Mohd Satray juga tidak sempat mentap wajah ibunya buat kali terkahir kerana masih berada dalam tahanan dan salah seorang mangsa kezaliman yang tidak dibebaskan.(boleh baca lebih lanjut di laman bog isteri beliau:http://www.lailagmi.blogspot.com/)
Pada hemat saya,tidak perlu dirungkaikan lagi kekejaman ISA.CUkuplah dengan apa yang terjadi,dan sudah pasti kita yang mepunyai ikatan aqidah dan ukhuwwah Islamiyyah ini seharusnya rasa akan keperitan tersebut.
Tidak disangkal juga,dalam memperjuangkan dan mendaulatkan Islam di muka bumi ini,adalah menjadi satu kewajipan setiap pejuang Islam itu diuji.Pelbagai variasi tribulasi dikurniakan ke ats mereka yang bersedia mewakafkan diri untuk Islam.
Ingatlah,sesiapa yang memperjuangkan Islam,mereka ibarat menggenggam bara api.Memang mudah untuk berkata,namun,saya rela merasai kepanasan api di dunia berbanding api di neraka kelak(nauzubillah).
Walaupun tidak mampu menjadi panglima utama dalam memperjuangkan Islam,namun gagahkanlah diri untuk menjadi sayap perjuangan Islam.
JANGAN TAKUT DAN JANGAN BERSEDIH,SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA...
No comments:
Post a Comment