Wednesday, June 24, 2009

.....

Assalamualaikum...

Walaupun peperiksaan pathology bagi kertas dua sudah 4 hari berlalu,namun bahangnya sedikit terasa hingga kini.hati ini berat untuk meulakan langkah baru bagi menghadapi peperiksaan mikrobiologi pula yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 jun(bertulis) dan 1 julai(lisan).

Seusai kertas jawapan diambil,dapat saya lihat wajah sugul rakan-rakan sekelas saya dan tidak kurangnya para pelajar mesir juga.bibir ini gagah juga mengukir senyuman untuk mengubat hati yang lara.kebanyakan daripada kami mengaku soalan kali ini agak sukar.apabila ketua jabatan(doktor amal) pathologi bertanya tentang soalan tersebut,kami memberitahu yang soalan tersebut susah.dia juga setuju tapi ada sedikit penambahan kepada persetujuan tersebut.Katanya,soalan tersebut memang susah jika kamu tidak membacanya."dush"!!benar juga apa yang doktor katakan.

soalan kertas dua kali ini banyak berkisar tentang 'mikroskopic picture'."doktor ni,memang nak jadikan kita semua pathologist ke?"itulah kalam yang saya ajukan kepada kawan serumah saya.mereka semua hanya mampu tersenyum.mereka juga gundah memikirkan jawapan mereka.

Keesokan harinya pula,peperiksaan lisan bagi subjek ini.saya hanya membelek buku(bukan membaca)pada lewat malam kerana tidak sanggup untuk mengetahui jawapan kepada soalan kertas dua tersebut.namun,saya gagahkan diri juga untuk membaca sepintas lalu buku tersebut apabila trfikir bahawa ilmu perubatan yang saya pelajari di tahun tiga ini bukanlah untuk peperiksaan semata-mata.ilmu inilah yang akan diadaptasikan semasa saya melangkah masuk ke alam pekerjaan saya nanti.

Meskipun sedih memikirkan peperiksaan tersebut,tetapi terdetik sedikit rasa kepuasan kerana subjek ini mendedahkan saya kepada kepelbagaian penyakit berserta karakternya.bersyukur kerana sebahagian penyakit yang sentiasa menjadi tanda tanya saya akhirnya terjawab juga apabila mempelajari matapelajaran pathology.

Buat sahabat seperjuangan tahun 3 kuliah perubatan zaqaziq,bersama-sama kita mendoakan yang terbaik buat diri kita semua dan meningkatkan kualiti dan kuantiti usaha kita untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun ini.semoga Allah mempermudahkan kita semua untuk mencapai misi kejayaan di dunia mahupun akhirat.Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat yang lain,semoga dipermudahkan jalan untuk mencapai kejayaan.

Terima kasih tidak terhingga juga buat mak,abah,shahir dan atul yang tidak putus-putus memotivasikan diri ini untuk lebih kuat lagi dalam menghadapi pancaroba di alam universiti ini.tidak lupa juga buat guru-guru dan kawan-kawan,sungguh saya tidak akan lupakan "simbiosis" yang terjalin antara kita.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA.BITTAUFIQ WANNAJAH.



1 comment:

  1. insyaAllah tu dura...kena doa slalu ye..jgn putus asa, tu yg penting...fighting!!

    ReplyDelete