Wednesday, June 10, 2009
Detik yang tidak terdetik
Bersediakah kita??
Sedang asyik menelaah subjek Pathology,pintu bilikku diketuk oleh ahli baitku,Amirah..
"Dura,dah baca offline msg?"amirah bertanya kepadaku.
"Belum lagi,kenapa?"jawabku.
"5 orang medic cairo terlibat dengan kemalangan.Seorang telah kembali ke rahmatullah.Rasanya semua yang terlibat adalah peljar 3rd year",amirah memaklumkan peristiwa tersebut kepadaku.
Luluh jantung ini apabila mendengar berita tersebut.Tatkala itu,aliran noradrenalin terasa dalam tubuh ini.Petang tadi,baru sahaja saya membaca cerpen tentang kematian dalam blog seorang pelajar Al-azhar di bumi Zaqaziq.Malam ini pula,dikhabarkan tentang pemergian salah seorang ahli PERUBATAN ke rahmatullah.
Walaupun tidak mengenali sahabat tersebut,namun pemergiannya menghadap Ilahi sangat dirasai.Indahnya Islam,walaupun musibah melanda ke atas insan yang tidak kita kenali,namun atas ikatan akidah Islam yang terbina,kepedihannya jua dirasai.
"Sungguh besar ujian yang Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMU ya Allah,"monolog hati ini.Di musim imtihan ini,siapa sangka kita akan dikejutkan dengan kematian.
"tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"...
Peristiwa tersebut segera mengingatkan saya kepada kalam Allah tersebut.Kematian adalah sesuatu yang pasti cuma keadaan,tempat dan waktunya sahaja yang berbeza.Allah tidak akan melambatkan atau mempercepatkan kematian kita walaupun sesaat.Semuanya di bawah kuasa Allah.Dalam menghadapi IMTIHAN DUNIA,IMTIHAN ALLAH jangan dilupakan kerana imtihan tersebut adalah pasti.Sudahkah kita bersedia secukupnya untuk menghadapi imtihan Allah?muhasabah diri kembali.
Ketika ini juga saya teringat akan keluarga nun jauh di sana.Kini,baru saya lebih memahami kesedihan yang melanda mak,abah dan adik-adik tatkala ingin meninggalkan tanah air untuk sementara waktu demi mencari permata ilmu di bumi anbiya' ini.Hanya kepada Allah sahaja mereka meletakkan pergantungan terhadap keselamatan dan kesejahteraan saya sepanjang di bumi mesir ini.Saya pun begitu jua.Apabila sudah berjauhan,hanya Allah sahaja tempat saya bergantung memohon agar keluarga dan rakan-rakan di malaysia di bawah perlindunganNya.
Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat mangsa.Sesungguhnya,ujian tersebut adalah tarbiyyah dan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya.Musibah tersebut juga menjadi peringatan kepada kita yang masih bernyawa agar sentiasa menyediakan bekalan yang secukupnya untuk berjumpa dengan-Nya.
Al-fatihah buat saudara Amar Zulkifli dari pulau pinang(pelajar perubatan tahun 3 kaherah).Semoga Allahyarham diletakkan dalam golongan mereka yang beriman dan Allah janjikan syurga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..
ReplyDeletedura sya kenal arwah..
huhu..
org yg baik selalunya akan menikmati kehidupan dunia sebentar saja..
Allah lebih menyayangi arwah
ya Allah..xhilang sedey lagi ni..
terbantut pembacaan patho sya
salam..
ReplyDeletekematian adalah suatu KEPASTIAN..namun ramai yg selalu MELUPAKAN...
moga arwah ditempatkan brsama para syuhada'..Amin...