Monday, May 11, 2009

Virus yang saya kagumi...

Banyak sungguh virus di dunia ini rupanya.Ada virus yang wujud di alam maya(virus komputer),virus yang memang virus(biological virus) dan tidak kurang juga manusia yang menjadi virus(manusia yang suka buat kacau).

VIRUS KOMPUTER
Seringkali melihat sahabat-sahabat mengeluh apabila terdapat virus ini dalam komputer riba mereka.Desawarsa ini,banyak jenis sungguh virus komputer.Siapalah pencipta virus ini.Adakah mereka yang mencipta virus ini adalah merka yang berikhtiar mencipta resolusi terbaru kepada anti-virus. Habis sistem komputer jadi lembab dan bermasalah.Hanya mampu bersabar sahaja dan mencari insan yang mampu untuk tolong untuk menyahkan virus ini.

MANUSIA YANG BERTOPENGKAN VIRUS
Inipun satu masalah juga.Sudahlah dunia digemparkan dengan pelbagai jenis virus.Dia pun nak jadi virus.Virus yang mengacau kesejahteraan umat masa kini.Pantang melihat keamanan,pasti ada provokasi untuk menjatuhkan satu pihak.Jadilah manusia yang memudahkan urusan orang lain.Mungkin,kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak,tetapi jadilah seorang yang tidak menyusahkan.

BIOLOGICAL VIRUS



(Influenza A virus=H1N1 virus)


Kemajuan teknologi perubatan kini seiring dengan peningkatan pertahanan para virus terhadap teknologi ini.Semakin rancak kementerian pertahanan virus-virus ini memperhebatkan senjata mereka.Terutamanya,virus selesema.Dulu digemparkan dengan virus selesema burung(H5N1),kini virus selesema babi(H1N1).

Sebenarnya,saya kagum dengan virus selesema ini.Natijah kepada tindakan mereka,semuanya negatif.Impak negatif yang memeningkan semua pihak.Tatkala ini,semua persidangan tergempar oleh kakitangan kesihatan(WHO) diadakan untuk mencari resolusi kepada virus ini.Saya akui,saya juga risau jika virus tersebut menakluki tubuh kerdil ini.Saya dapat merasakan kegentingan para doktor di Mexico dan Amerika terutamanya dalam menghadapi pesakit-pesakit yang menunjukkan symptom kepada jangkitan virus ini.

Namun,sebagai umat Islam,pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat.Jika difikirkan kembali,manusia juga sebenarnya yang mengundang padah tersebut.

"dan apabila dikatakan kepada mereka,"janganlah berbuat kerosakan di muka bumi!.Mereka menjawab,"Sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan kebaikan.Ingatlah,sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan,tetapi,mereka tidak menyedari"..
(Surah al-Baqarah:11 & 12)
Seperti yang kita maklum,saiz virus amatlah kecil dan memrlukan kepada satu mikroskop khas untuk melihat mereka.Kecil-kecil cili padi.Sekecil-kecil mereka,kesan kepada tindakan mereka,satu dunia terasa.Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Kuasa.Manusia kini hidup tidak seperti yang disyariatkan oleh Islam.Malah,lebih teruk lagi,sebahagian daripada kita bertindak seolah-olah mereka adalah tuhan.Nah,cukp sahaja virus yang sekecil itu mampu menjatuhkan mereka yang ingkar kepada perintah Allah.Kematian Raja Namrud hanya disebabkan oleh seekor nyamuk atas keegoannya yang tidak mahu tunduk dan sujud kepada Allah menjadi simbolik kepada pandemik yang menggegarkan dunia masa kini.

Namun,hendaklah kita ingat,apa yang terjadi ini,barangkali menjadi kifarah kepada dosa-dosa yang dilakukan,dan mungkin menjadi peringatan mahupun ujian kepada hamba-hamba Allah yang beriman.

"Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan,dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan dia Maha Perkasa,Maha Pengampun"
(Surah Al-Mulk:1 & 2)

Kesimpulannya,

SAYA TERTARIK DENGAN GERAK GERI VIRUS SELESEMA :)

1 comment: