Sunday, May 24, 2009

Cikgu,guru,murabbi,teacher,sifu

"DATANG DENGAN HARAPAN,PULANG DENGAN KEJAYAAN"


Alhamdulillah...sekian lama dia menghilang,akhirnya,dia kembali jua...itulah internet..ketiadaannya dinanti,keberadaannya dirai..hari ini,23 mei 2009,tamatlah peperiksaan bertulis bagi matapelajaran farmakologi..kini,sedang menghitung hari untuk peperiksaan lisan bagi matapelajaran tersebut.

Sebenarnya,daku tidak kepingin untuk bercerita tentang peperiksaan yang telah dilalui.apa yang telah berlaku,biarkan sahaja berlalu.kita berusaha untuk yang terbaik pula pada masa yang akan datang.chaiyok!!
Hari guru...
walaupun sudah berlalu selama seminggu,namun ingin juga saya ucapkan SELAMAT HARI GURU..terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang banyak mendidik saya sehingga saya ke menara gading demi menggapai cita-cita yang saya(doktor muslim

ah..insyaAllah).

Guru-guru di sunshine nursery(k.kinabalu),tadika kemas(k.pilah),sk senaling,smk za'ba.smka pedas,matriks n9 dan uni zagzig...jasa mereka sangatlah besar....hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..
Abah selalu berpesan,kejayaan yang kita peroleh hari ini,bukanlah atas usaha kita sahaja,tetapi,orang-orang di sekeliling kita juga turut membantu kita untuk menggapai kecemerlangan...maka,sudah pasti,guru adalah salah satu daripadanya...


Semasa di sekolah dulu,seronok melihat telatah guru ketika Hari Guru.Kemesraan antara murid-murid dan guru sangat terserlah pada hari itu.rindu sungguh dengan suasana itu.semoga suasana itu tidak hanya berlaku ketika hari guru sahaja.Hormatilah guru kita pada setiap masa di mana jua..

Pada suatu masa dahulu,profesion guru amatlah dipandang tinggi oleh masyarakat..akan tetapi,kini,profesion itu disulami lagi deng

an liku-liku gejala sosial dalam kalangan pelajar masa kini.semua masalah sosial pada era kini dicampak ke institusi pendidikan itu.

Saya akui,memang institusi pendidika

n(sekolah,universiti) memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang madaniyyah,namun tidak seharusnya kepincangan sosial dalam kalangan masyarakat terutama remaja dituju kepada institusi tersebut 100%.

Dimanakah peranan ibu bapa dalam penjanaan fardhu muslim dalam ruhiyyah dan jasmaniah anak-anak mereka di dalam rumah yang berteraskan bait muslim.andainya ibu bapa sibuk dengan tugasan mereka,sudah pasti institusi persekolahan menjadi tempat seterusnya.namun,kesibukan itu tidak seharusnya dijadikan alas an.dalam hal ini,BUKAN

KUANTITI masa bersama anak-anak yang menjadi ukuran,tetapi KUALITI masa tersebut.itulah yang lebih utama.

Memang tidak boleh disangkal,guru juga adalah pemangkin kepada pembentukan jasmaniyyah dan ruhiyyah yang sihat kepada murid-muridnya.namun,a

laf 21 ini,membataskan peranan guru dalam aspek tarbiyyah ruhiyyah terutamanya.

Saya masih ingat,penangan yang guru saya berikan semasa di sekolah rendah dulu.Pernah dirotan kerana tidak menjalankan tugasan kebersihan dan kerja rumah.Semasa dalam darjah lima,satu kelas ditampar(teacher saya cakap,lempangan batman)oleh guru bahasa Inggeris saya kerana kesalahan kami tidak mendengar dan mematuhi arahan yang dibe

rikan.Cubitan juga akan sentiasa menghinggap tatkala tidak mendapat 90% dalam ujian bahasa inggeris yang diadakan.Roti panjang juga(pembaris panjang),pernah menjadi santangan kepada tapak tangan apabila tidak menyelesaikan tugasan tajwid.

Alhamdulillah,impak

positif yang saya peroleh hasil daripada hukuman tersebut.Pengalaman tersebut menjadi guru kepada diri ini agar sentiasa taat dan patuh kepada arahan yang diberikan selagi tidak melanggar syarak serta menjadikan saya lebih dedikasi dan memahami amanah sebagai seorang penuntut ilmu.Terima kasih cikgu.

Kini,pelbagai tribulasi membataskan perjalanan hidup sebagai murabbi.Sebagai contoh,di pulau pinang,seorang penjaga membuat laporan tentang seorang guru yang menegur anaknya yang berpakaian ketat semasa PJK(pendidikan jasmani dan kesihatan).Kecoh.Kes yang kecil sahaja,terus melibatkan satu jabatan pelajaran pulau pinang.

PELIK denga

n tindakan manusia yang sebegini rupa.Sepatutnya,penjaga tersebut SEMESTINYA mengucapkan terima kasih kepada guru tersebut kerana telah menyelamatkan anakn

ya dan penjaga tersebut dari sambaran api neraka.Akan tetapi,sebaliknya pula yang berlaku.Pihak atasan pula seolah-olah tidak menyokong tindakan guru tersebut.

Jika difikirkan kembali,peristiwa tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik.Kenapa perlu risau dengan tindakan penjaga tersebut sedangkan pihak atasan seperti kementerian pelajaran mempunyai kuasa untuk menempelak tindakan penjaga tersebut.


ada kaitan dengan yang hidup...


Barangkali,untuk menjaga kepentingan diri(kuasa dan material),mereka akur sahaja kepada suara sengau tersebut.Kuasa sebagai seorang pemimpin,tidak digunakan sebaik-baiknya.semuanya kerana wang,pangkat dan segalanya yang berbentuk keduniaan.Ingatlah,amanah yang diberikan adalah TAKLIFAN(tanggungjawab) bukannya TASHRIFAN(kemuliaan).Apabila menjadi ketua,ingatlah bahawa sebelah kaki menghampiri syurga,sebelah kaki lagi menghampiri neraka.Maka,pilihlah,syurga atau neraka.Inilah akibatnya apabila amanah tersebut tidak diberikan kepada ahlinya.

Buat insan yang bergelar MURABBI,

Semoga kalian tabah dalam liku-liku hidup sebagai seorang pendidik.Manusia kini amat dahagakan ilmu yang mampu memberi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.



“Ya Allah,berilah balasan yang sebaik-baiknya kepada guru-guru dan mereka yang pernah mendidik kami,atas didikan mereka pada kami tanpa mengira masa dan ketika,kurniakan juga Ya Allah pahala yang besar atas kasih saying yang mereka limpahkan kepada kami.Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami,menunjukkan akhlak yang mulia kepada kami,mengajar apa yang kami tidak ketahui agar kami menjadio seorang yang berilmu dan membuktikan keberkatan ilmu itu dengan berbakti dan beramal serta melakukan perkara yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala larangan”

No comments:

Post a Comment