Tanpa disedari,saya sudah melepasi peperiksaan praktikal bagi matapelajaran mikrobiologi dan parasitology.Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Pada 9 mei ini,bermulalah peperiksaan bagi subjek yang dikenali sebgai "king of medicine" iaitu pathology.Setelah hampir setengah tahun saya mempelajarinya,memang saya akui subjek tersebut memang tunjang utama dalam bidang perubatan.
Musim peperiksaan pada tahun ini agak berlainan.Kenapa?sebab pada tahun ini juga ahli PERUBATAN cawangan Zaqaziq dikurniakan dengan kehadiran para pelajar tahun 1 perubatan.Maka,pelbagai ragam boleh dilihat sepanjang musim peperiksaan ini.
Apabila berhadapan dengan imtihan,stres itu pasti menjelma.Namun,sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah,janganlah lupa meletakkan sepenuh pergantungan kita kepada Allah setelah berusaha.
Ketika musim imtihan ini juga,hati barangkali mudah terguris.Maka,tingkatkanlah kesabaran dalam menghadapi segala dugaan yang pelbagai rupa itu.Sesungguhnya,Allah bersama dengan orang2 yang bersabar.
Dalam kita sibuk mengulangkaji pelajaran,jangan sesekali mengabaikan hak kita terutama kepada Allah.Jagalah hak Allah,nescaya Allah juga akan menjaga hak kamu juga.Kita seringkali lupa,dalam kita sibuk menelaah pelajaran,kita adakalanya melengah-lengahkan solat.Kita sanggup meluangkan masa bersama buku pelajaran selama berjam-jam,akan tetapi kita amat berkira untuk meluangkan masa untuk sang pencipta kita.
Apabila kita menjaga hak Allah,maksudnya kita menjaga hubungan dengan Allah juga.Hak kepada ibu bapa,guru-guru,sahabat dan ahli rumah jangan kita sesekali kita nafikan.
Hak kepada diri sendiri yakni kesihatan tubuh badan,itu juga mesti dijaga sebaik-baiknya.Hal ini kerana,nikmat kesihatan adalah antara nikmat yang terbesar yang Allah kurniakan selepas nikmat iman.Maka,jagalah kesihatan.Tetapi,jika jatuh sakit juga,barangkali itulah ujian ataupun sebagai kifarah kepada dosa-dosa kita yang lalu.
Seronok juga menemani junior ke hospital untuk mendapat rawatan.Sejak kecil lagi,saya memang suka suasana di hosiptal.Ketika di tingkatan tiga dahulu,saya menemani kakak dorm saya yang terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan akibat mengalami asma yang teruk.Dari petang hinnga lewat tengah malam,saya duduk di ruang kecemasan sementara kakak tersebut dirawat.Pelbagai situasi saya dapat lihat ketika itu.Paling yang tidak boleh saya lupakan adalah melihat seorang lelaki berbangsa India yang cedera parah disebabkan pergaduhan dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan.
Situasi di hospital sedikit sebanayak memberi pengajaran kepada diri ini.Di sanalah mengingatkan saya 5 perkara sebelum 5 perkara.
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
lapang sebelum sempit
kaya seblum miskin
hidup sebelum mati
muda sebelum tua
lapang sebelum sempit
kaya seblum miskin
hidup sebelum mati
Guru saya(pn. Hayati) merangkap guru kaunselor di SMKA Pedas pernah bercerita kepada saya,di hospital,ada satu masa kita akan melihat ramai orang yang gembira.Barangkali,kedatangan insan baru dalam keluarga.Tetapi,ada satu masa,kita akan berjumpa dengan kesedihan sahaja.Hmm..mungkin kehilangan insan tersayang.Lumrah alam,setiap yang bernyawa,pasti akan pergi.
Oleh itu,masa di dunia jangan disia-siakan.Segala kudrat yang ada ketika ini,hendaklah digunakan sebaik-baiknya.Tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi,mestilah dilaksanakan sebaik-baiknya.Al-quran dan As-sunnah menjadi dustur(panduan) kehidupan kita.
Bittaufiq wannajah kepada semua insan yang ber"imtihan"..
Oleh itu,masa di dunia jangan disia-siakan.Segala kudrat yang ada ketika ini,hendaklah digunakan sebaik-baiknya.Tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi,mestilah dilaksanakan sebaik-baiknya.Al-quran dan As-sunnah menjadi dustur(panduan) kehidupan kita.
Bittaufiq wannajah kepada semua insan yang ber"imtihan"..
salam dura.. lama tak jumpa.. semoga awak sihat sentiasa.. aminn
ReplyDelete