Saturday, August 28, 2010

Masuk Masjid, boleh ke?

Kecoh 1 Malaysia apabila ahli parlimen DAP kawasan Serdang,Teo Nie Chingberkunjung dan memasuki ruang utama surau Al-Huda,Kajang (di sini). Semakin terbuktilah,tanah airku ini dilanda pemikiran sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan) apabila seorang insan bagiku jahil agamanya menyatakan dalam media bahawa kunjungan wakil rakyat tersebut bermatlamatkan politik.Kecewa. Bagiku,pelajar sekolah menengah pun sudah tahu bahawa Rasulullah juga menjadikan masjid bukan untuk solat sahaja,malah sebagai satu medium untuk pemimpin bertemu rakyatnya.Bukankah kedatangan Islam juga membawa sinar baru dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi,politik dan pelbagai lagi. Itulah yang dinamakan syumul. Kecewa dengan kenyataan insan tersebut yang menidakkan masjid atau surau sebagai satu medan utntuk politik juga.

Lebih mengecewakan lagi kerana, ada pihak yang hanya Islam pada nama sahaja menimbulkan keresahan kepada umat Islam lain terhadap peristiwa tersebut. Bagiku,wakil rakyat tersebut lebih seribu kali baik kerana menghormati umat Islam berbanding mereka yang beragama Islam tapi tidak mahu mengamalkan Islam dalam kehidupan. Apabila diminta untuk dilaksanakan hukum hudud memandangkan tanah airku ini berstatuskan negara Islam, pelbagai hujah dicipta agar undang-undang Allah ditolak dan terus berpaksi ke arah undang-undang ciptaan manusia. Maka,tanggunglah akibatnya. Gejala sosial makin menjadi-jadi dan lain-lain lagi.

Petikan di bawah adalah berkaitan tentang hukum pelancong bukan Islam masuk ke kawasan masjid, dan ulasan Tuan Guru Nik Aziz tentang hal tersebut.Semoga bermanfaat.

Harakahdaily   

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang  kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.

Thursday, July 15, 2010

Sebelum degup jantung dihentikan ..







Pembedahan pintasan koronari jantung sepatutnya bukan lagi proses rawatan yang menggerunkan. Bagaimanapun, apabila operasi angioplasti (mengembangkan saluran darah ke jantung yang tersumbat) ketiga saya gagal pada pertengahan April lalu dan doktor memaklumkan bahawa saya tiada pilihan, selain segera menjalani "bypass operation", saya menerimanya dalam keadaan berbelah-bahagi.

Jantung berdegup kencang. Maaf cakap, memang saya takut dan gerun mendengar "bypass". Dulu, nak ambil darah kat jari untuk test kencing manis pun "seriau". Bila doktor cadangkan suntik insulin, saya mencari pelbagai alasan untuk mengelaknya. Kemudiannya, mendengar operasi angioplasti pun kecut perut. Tup tup kena "belah dada" pula, lagilah menggigil ...

Justeru, saya harus segera membuat keputusan, tidak boleh berfikir panjang lagi. Masa adalah denyut nadi yang pantas bergerak. Bukan memutuskan sama ada mahu dibedah
atau tidak, tetapi hanya untuk memilih hospital mana untuk menjalani "major operation" yang mengundang risiko itu.

Mulanya saya dicadangkan ke sebuah hospital awam kerana bayarannya rendah. (Untuk tiga kali operasi angioplasti di hospital swasta sebelum itu banyak juga wang dibelanjakan, lebih RM50,000).

Temujanji diatur dengan pakar kardiologi hospital di selatan Kuala Lumpur itu tetapi di saat akhir saya menukar fikiran. Asasnya mudah, saya tiada kenalan di hospital
berkenaan bagi bertukar-tukar fikiran dan menjawab beberapa persoalan berbangkit dalam diri. Bukan sangsi dengan kepakaran di sana tetapi terasa diri dalam kegelapan untuk membuat pilihan tepat.

Melalui seorang teman rapat, pensyarah di UKM, saya bulatkan hati ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali sebagai PPUKM). Prof Madya Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman, pakar perunding bedah jantung, yang saya temui di klinik pakar, tingkat 7, peramah orangnya. Bicaranya terus-terang, tidak berselindung, penuh keyakinan.

Meneliti VCD yang dibekalkan pusat rawatan angioplasti, Dr Ramzi mengakui ada risiko pembedahan, tetapi tambahnya, jika tidak menjalani "bypass" risikonya mungkin lebih tinggi. Risiko pembedahan jantung adalah kematian!

"Ada pesakit lebih teruk daripada you, selamat, tapi ada pula yang nampak kurang risiko berbanding you, tidak berjaya diselamatkan," jelas Dr Ramzi menjawab kebimbangan saya.

Rekod buruk diabetis selama 20 tahun, ditambah masalah pada buah pinggang saya tambah merisaukan. Beliau menjangka kemungkinan saya terpaksa melalui rawatan dialisis sebaik selesai pembedahan. Makin kencanglah debaran jantung. Saya melihat kesengsaraan (sebenarnya ketabahan) teman-teman yang buah pinggang mereka gagal berfungsi. Rutin harian terpaksa berubah.

Apa pun, ia segera diredakan apabila Dr Ramzi memberitahu ada teknik baru mendapatkan urat di kaki sebagai saluran baru di jantung, iaitu kaedah VMMS (teknologi penuaian pembuluh darah), yang dapat memendekkan masa pemulihan terutama untuk pesakit kencing manis.

Hanya lega sekejap mendengar bicara Dr Ramzi. Gelisah menerpa semula apabila beliau menjelaskan bagaimana teruknya saluran darah saya ekoran mendapan kolestrol sejak sekian lama.

Balik dari HUKM, saya segera mencari kawan-kawan yang ada pengalaman dengan "bypass". Memang di waktu sukar seperti itu rakan-rakan lebih mampu untuk membantu.

Seorang doktor muda yang mempunyai klinik berdekatan rumah saya - beliau pernah bertugas di IJN - menceritakan kisah sedih ayahnya. Tiada siapa dalam keluarganya menduga ayah mereka "tidak sedar-sedar" selepas dibius untuk pembedahan.

"Kami hampir tidak terbayang risiko itu memandangkan dia tidak menghadapi apa-apa penyakit kronik lain, dia tak ada diabetis macam you," katanya, sambil menambah, "dan bayangkan lagi apa perasaan saya sebagai seorang doktor pula, yang gagal menyelamatkan ayah. Namun, segalanya ketentuan Allah."

Tentunya banyak lagi cerita tentang kejayaan pembedahan pintasan jantung tetapi yang mudah berbekas di hati adalah rekod kegagalan. "Bypass perkara biasa sekarang, Lutfi, nanti awak terasa muda 10 tahun," usik seorang kawan.

Selain itu, saya agak terkejut bila ramai juga membantah apabila dimaklumkan saya memilih HUKM. Rupanya mereka masih mengingati episod duka kematian Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor - Presiden PAS yang begitu disayangi bukan saja ahli-ahli parti Islam itu tetapi sesiapa jua yang pernah mengenalinya - selepas menjalani "bypass' di hospital berkenaan. (Saya sendiri teresak-esak menangis ketika mengiringi jenazahnya dari HUKM, Cheras ke surau berdekatan).

Itulah hakikat yang sukar diterima: Ada pesakit nampak sihat dan sesetengahnya "segar-bugar" ketika katil disorong ke bilik bedah, tetapi selepas dibius, "tidak bangun-bangun" lagi. (Ustaz Fadzil yang kerap berjenaka dikatakan masih ceria bertanyakan juadah ayam kampung yang digemarinya sehari sebelum dimasukkan ke wad HUKM).

Pemergian Almarhum selepas PAS menang besar dalam pilihan raya umum 1999 memang satu kejutan (dan kehilangan) besar, apatah lagi beliau merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen, yang menyaksikan keupayaan hebatnya berpidato dan kemampuannya mematahkan hujah lawan dengan gaya yang cukup menarik.

Saya tak pasti sejauh mana kes Ustaz Fadzil hampir 10 tahun lalu itu masih memberi impak negatif kepada reputasi Pusat Jantung dan Paru-Paru HUKM (apa pun saya kira tanggapan itu amat tidak adil buat petugas HUKM, terutama pakar-pakar bedah jantungnya, yang ternyata gigih menabur bakti), namun apabila bulat hati memilih "untuk menyerah diri" di hospital berkenaan, saya segera memikirkan situasi terburuk bakal menimpa: kematian.

Terdetik di hati, jika ramai yang dipanggil Ilahi secara tiba-tiba, termasuk anggota keluarga dan sahabat rapat, saya merasakan lebih bernasib baik kerana masih sempat untuk bermuhasabah, bertaubat, bermunajat dan melazimi diri dengan amalan mendekatkan diri dengan Allah.

"Mati tetap akan datang, tidak di bilik bedah, mungkin di atas katil di rumah, atau terbujur di jalan raya. Awak patut bersyukur Lutfi, jika ditakdirkan tidak panjang umur, awak sekurang-kurangnya dapat membuat persiapan bertemu Ilahi," hati saya berbisik-bisik, sebenarnya mahu menenangkan diri sendiri.

Terlintas dalam fikiran bahawa nikmat kesihatan bagai disia-siakan selama ini. 46 tahun usia berlalu terasa sekejap. Selain menelaah kitab-kitab agama yang lama tidak disentuh, terutama tafsir IbnuKathir, saya menghubungi ustaz-ustaz untuk mendapat pedoman memanfaatkan kesempatan paling berharga itu.

Benar dan ternyata cukup benar, ayat-ayat Allah adalah penyembuh kegelisahan. Bebanan dosa yang menimbun membayangi kegelapan malam. Satu demi satu peristiwa silam menjelma dalam kotak fikir. Masa merenung diri pantas berlalu. Saya
turut dinasihatkan agar, jika mampu, banyak membuat kenduri atau majlis makan, khususnya untuk fakir miskin, anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz.

Terasa puas bila mengingatkan sempat juga saya menyantuni dan membantu keluarga malang tahanan ISA.

Seorang bekas tahanan ISA, warga Moro yang mempunyai keluarga di Sandakan, Sabah, yang kini dipenjarakan di Manila selepas dibebaskan dari Kamunting sempat berbual melalui telefon. Beliau nyata sebak, tetapi masih sempat menyuntik kata-kata perangsang buat saya.

Kebetulan beliau juga menderita sakit kronik, yang turut memerlukan pembedahan. Terselinap di hati bahawa lebih ramai insan yang bergelut dengan keperitan dan kesengsaraan. Sudahlah sakit, keluarga pula terpaksa mengerah keringat mencari sesuap nasi.

"Bapa saya buat bypass di usia lebih muda, 42 tahun, lebih 15 tahun lalu. Dia buat persiapan macam akan pergi buat selamanya. Kami sekeluarga belajar untuk pasrah.

"Hari operation, saya anak sulung terpaksa menjaga adik-adik di rumah. Hanya emak dan seorang dua saudara yang menunggu di luar bilik bedah. Alhamdulillah, sampaisekarang dia sihat. Lutfi lebih beruntung, ramai mendoakan dan membantu kos rawatan," kata bekas kawan sepejabat y ang pernah membantu semasa saya mengusahakan penerbitan akhbar politik tidak berkala selepas majalah Detik dan Wasilah diharamkan KDN. Beliau banyak meredakan kekhuatiran yang kerap menerpa.

(bersambung)

~sumber : akhbar harakah



Saturday, July 10, 2010

andainya dialah pesakitku..

creamyfiodesi said...

salam...
post yang amat perlu diberi perhatian.

soalan :
apa pendapat anda tentang doktor yang tahu hukum agama yang menyambut kelahiran anak zina?

anak itu memang tidak berdosa, tapi kalau saya doktor, fikir 2 kali juga untuk pass kerja tu kat doktor lain, mungkin terasa macam bersekongkol dengan si penzina. dengarnya prejudis, tapi saya rasa ada doktor yang berfikiran begitu.

saya terfikirkan jawapannya, tapi saya harap dapat jawapan yang lebih tulus daripada seorang doktor/bakal doktor sendiri. anggapkan perkara ini bakal terjadi dalam karier anda.

sekian.

Post sebelum ini adalah berkisar tentang peningkatan statistik kelahiran tanpa bapa (anak luar nikah) yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dari tahun 2000 hingga 2009.

Pertanyaan di atas adalah salah satu pertanyaan yang diutarakan oleh salah seorang junior ketika menuntut di SMKAP lima tahun dahulu.

Terima kasih atas persoalan tersebut kerana menggerakkan diri ini untuk berfikir,meneliti dan memahami etika-etika doktor muslim.

Berdasarkan persoalan tersebut,

Pengetahuan perubatan adalah sebahagian daripada ilmu Allah dan ilmu ini memerlukan pendedahan kebesaran Allah dengan ciptaan-Nya.

"dan juga pada diri kamu sendiri,maka mengapa kamu tidak mahu melihat?"

Amalan perubatan membawa manusia dekat kepada belas kasihan Allah.Maka, amalan perubatan adalah satu ibadat dan kebajikan selain daripada kerjaya untuk mencari rezeki.

Rahmat Allah boleh sampai kepada semua manusia termasuk yang baik mahupun jahat, yang berbudi, busuk hati, kawan ataupun lawan.Oleh itu, profesion perubatan harus berpaksikan lunas-lunas rahmat Allah tanpa menimbulkan permusuhan atau membuat apa-apa hukuman, tidak menjadikan keadilan sebagai matlamat tetapi belas kasihan dalam apa jua situasi dan keadaan.

“Perubatan adalah satu keperluan agama bagi satu-satu masyarakat. Dari segi pengertian ugama, apa jua yang diperlukan untuk sesuatu keperluan, secara otomatik akan menjadi “keperluan”. Oleh itu pengecualian dari sesetengah hukum umum harus dibuat untuk membolehkan pelaksanaan pengajaran perubatan. Contohnya, pemeriksaan rapi badan manusia sama ada hidup atau mati tanpa mencabul kehormatan seseorang, semasa hidup atau mati dan sentiasa di dalam ketaatan kepada ugama dan menyedari kehadiran Allah.

* Pemeliharaan nyawa seseorang hendaklah merangkumi penghormatan terhadap kemuliaan, perasaan kelembutan orang itu dan juga tanpa mencabul sentimen dan anggota tubuhnya. Seorang pesakit berhak menerima layanan yang sepenuhnya, penjagaan dan perasaan selamat semasa bersama doktornya. Keistimewaan seseorang doktor yang diberi pengecualian dari sesetengah hukum umum hendaklah disertai dengan rasa tanggungjawab yang lebih dan menjalankan tugasnya dengan penuh teliti dan cemerlang dibawah pemerhatian Allah. “kecemerlangan memerlukan kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Walaupun kamu tidak melihat-Nya Allah sentiasa melihat kamu.”

“Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.”

Mengulas kepada persoalan tersebut,berdasarkan etika kod doktor muslim yang membicarakan kemurnian nyawa manusia,berikut adalah intipati yang diperoleh.

1) Semua peringkat nyawa manusia termasuk embrio dan janin semasa di dalam rahim lagi adalah suci.

2) Polisi moden pada zaman kini yang memperkenalkan Foetus Medicine (bidang yang mengkaji penyakit janin di dalam rahim), dan didapati janin tersebut tidak sempurna(berpenyakit), Islam tidak membenarkan janin tersebut digugurkan.

3) Dalam Islam,janin mempunyai hak ke atas harta pusaka dan semasa digugurkan ia hidup dan mati selepas itu, maka harta yang diwarisi hendaklah dibahagikan kepada warisnya yang berhak.

4) Jika seorang perempuan hamil dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan jenayah, pelaksanaan hukuman tersebut hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan itu melahirkan dan menyusui anaknya meskipun anak itu adalah anak luar nikah.

Oleh itu, di sini,dapat kita lihat bahawa hak asas bagi janin untuk hidup adalah jelas.

Namun,tidak dilupakan juga,tugas doktor bukan sahaja untuk merawat,malah pencegahan juga merupakan salah satu daripadanya.Firman Allah,

"Jangan biarkan tangan kamu sendiri menjerumuskan kamu kedalam kebinasaan”

Rasulullah s.a.w membayangkan polisi “pencegahan” didalam sabdanya: “Apabila sesuatu daerah diserang oleh wabak jangan kamu memasukinya .. tetapi jika kamu berada didalamnya, jangan kamu keluar”.

Berhubung kes peningkatan kelahiran anak luar nikah,doktor juga mempunyai tanggungjawab untuk mencegahnya. Amalan nilai-nilai agama mesti diterapkan dalam kehidupan masyarakat dan tugas ini merupakan salah satu bidang tugas doktor juga.Politik doktor, masyarakat akan bertemu doktor jika tidak sihat.Doktor muslim haruslah bijak untuk menerapkan nilai-nilai murni yang dianjurkan Islam dalam kehidupan.

Selain itu, pihak jabatan kesihatan juga perlu memikirkan langkah drastik untuk membasmi statistik kelahiran anak luar nikah.

Kesimpulan kepada persoalan tersebut,jika berdepan dengan situasi tersebut,walaupun pesakitnya adalah seorang penzina,tugas pertama yang perlu dilaksanakan adalah memberi layanan,penjagaan dan perasaan selamat ketika bersama dengan doktornya. Namun, tugas ini mestilah dilakukan dengan teliti dan cemerlang seolah-olah Allah sentiasa melihat kamu,dan kamu juga melihatNya.




Wednesday, July 7, 2010

Digit yang tidak disangka

Bersyukur, bersyukur diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Dididik dan diasuh dengan suasana yang solehah (biah solehah).

Membiasakan perkara yang salah..

Itulah hakikat yang berlaku di era globalisasi. Maka batas pergaulan dalam masyarakat juga diglobalisasikan seterusnya nilai-nilai agama ditinggalkan. Natijahnya, pelbagai jenis kemaksiatan muncul bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

257 000

Tahu, statistik anak luar nikah di Malaysia tinggi. Namun,tidak terlintas angkanya mencapai 6 digit. Seramai 257 000 kelahiran tanpa bapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara antara tahun 2000 hingga 2009. Baca di sini.




Islam menyeru kepada umatnya untuk mengejar kecemerlangan. Namun,inikah kecemerlangan yang dituntut? Menduduki tempat teratas dalam perkara yang semestinya dibenci Allah.

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَاماً
يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَاناً

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,” (al-Furqaan: 68-69).

"Dura dah ada orang ke?",tanya seorang rakanku di Malaysia."Belum," jawabku ringkas."Tipulah.Takde kawan lelaki ke?",soalnya lagi.Barangkali, aku adalah antara orang yang asing dan aneh.Haha :) "Kawan ramai, tapi yang melekat di hati,belum lagi. Jangan risau,dah tiba masanya, saya jemput awak nanti. Sekarang, tumpu kepada study dulu;" ujarku kepada rakan sepermainan di zaman sekolah rendah.

COUPLE SEBELUM AKAD NIKAH

Antara perkara yang ditegah tetapi dihalalkan.

HIDUP TIDAK DIPUJI, MATI TIDAK DIKEJI, BERANI KERANA FAHAM.

Apabila ada pihak yang memberi peringatan, menegah dan memberi kefahaman tentang hal ini, pasti dipandang aneh dan tidak mustahil ada yang memandang mereka sebagai satu golongan yang berfikiran kolot.

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,” (al-Israa’: 32)

Allah sudah berfirman, janganlah kamu menghampiri zina. Maka, segala perkara yang mendekatkan kita kepada zina, mesti dielakkan. Couple, chatting tidak syar'i dan sebagainya, mesti dibuang jauh-jauh. Syaitan tidak pernah putus asa untuk menyesatkan kita agar terjebak ke dalam kancah kemaksiatan.

KERASNYA LARANGAN ZINA

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga jenis orang yang Allah tidak mengajak berbicara pada hari kiamat, tidak mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih: Orang yang berzina, penguasa yang pendusta, dan orang miskin yang sombong,” (HR Muslim [107]).


~Nauzubillah, peringatan buat diri dan rakan-rakan. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita. ~



:)

Wednesday, June 30, 2010

Politik Doktor

Walaupun tidak dapat bersua muka, namun aku harap persinggahan aku di alam virtual milik sahabatku, Kak Ma (http://mavagax.blogspot.com/) dapat dikongsi bersama.

Alhamdulillah.

Selesai satu bab kehidupan. Peperiksaan untuk semester lapan baru sahaja berakhir pagi tadi. Secara tidak rasminya, penulis melangkah naik ke satu lagi anak tangga. Tahun kelima pengajian. Tinggal lagi masa sebulan untuk praktikal sebelum pulang bercuti di tanah air.

Praktikal musim panas tahun ini yang pertama kali diwajibkan oleh pihak universiti kepada semua pelajar perubatan tahun kedua hingga tahun kelima. Kebiasaan tahun-tahun sudah, kami perlu menghabiskan credit hours untuk praktikum didalam semester I dan semester II. Tetapi tahun ini ia dibawa ke cuti musim panas, lansung memendekkan cuti kami kepada kurang lebih tiga minggu sahaja.

Haru?

Mencabar!

Terasa 'dingin'nya dengan praktikal kali ini. Mana taknya, fikiran dah terbang melayang ke Malaysia. Ada yang dah termimpi-mimpi bersalaman dengan ibu ayah masing-masing. Belum lagi dikira keterujaan kami melihat para senior tahun akhir yang sibuk mengemas barang-barang mereka. Keseronokan 'mengenakan' kami sangat jelas. Mungkin sebagai momen manis terakhir mereka bersama kami. Mereka akan pulang dan tidak akan kembali lagi kesini.

Matlamat mereka untuk menggengam title MD sudah tercapai.

Catatan sejarah mereka di bumi Volgograd bakal berakhir dan membuka lembaran baru di Malaysia.

Cabaran yang lebih besar sedang menanti mereka setelah bergelar doktor, iaitu bila mula berhadapan dengan sakit masyarakat.

Kisah 2006

"Ma nak sambung belajar di Rusia? Kenapa tak pilih Mesir? Ilmu tibb disana juga sangat hebat. Ayah Ziz dah jumpa dengan ramai doktor lepasan Al-Azhar yang boleh ubat orang, dalam masa yang sama boleh berhujjah tentang Al-Quran dan Hadith dengan sangat hebat. Lagipun Ayah Ziz dengar negara tu tak selamat." Respon pertama yang keluar dari mulut bapa saudara penulis memaklumkan kepada beliau tentang tawaran belajar ke Rusia, beberapa hari selepas menerima surat tawaran.

"Allah nak bagi peluang cari ilmu di Rusia, ayah" penulis membalas. Tersenyum.

"Tak apalah belajar dimana-mana pun. Semuanya milik Allah. Ilmu hak Allah. Bumi Rusia tu pun hak Allah. Kemana pun kita pergi kita letak Allah dalam hati. Baik ke negara arab, baik ke China, baik ke mana saja, walau kita ke negara komunis sekalipun kalau jiwa kita ni muslim, mukmin, jiwa tu juga yang kita bawa dan hidupkan ditempat baru. Kita salurkan juga Islam tu pada orang-orang sana, InsyaAllah kita selamat. Kita belajar atas sebab Allah suruh". Penulis mendengar bilah nasihat beliau dengan teliti. Biar terus masuk ke hati. Bekal hati sebelum pergi.

Beliau menyambung, "Doktor ni orang pandang, orang dengar bila nasihat. Jadi biar apa yang keluar dari mulut, biar terus bawa orang depan kita tu nak ingat Allah, terus rasa takut pada neraka, terus rasa nak pada syurga. Doktor pun kena pandai politik". Beliau tersenyum dan bangkit dari tangga masjid.

Penulis bersalaman, lantas mengikut beliau dari belakang sehingga ke tangga rumah beliau.

Itu adalah nasihat yang dibekalkan kepada penulis. Nasihat atas tangga masjid.

Sampai sekarang penulis ingat.

Politik

Politik tidak boleh disempitkan hanya kepada ahli politik.

Ahli falsafah terkenal, Plato, menyebut politik sebagai 'the ways in which to create the ideal society'.

Tafsiran penulis, politik adalah satu seni. Seni meletakkan diri dalam masyarakat dan mengajak mereka kepada sesuatu. Politik sebagai wasilah dan matlamatnya, membina masyarakat bertamadun. Spesifiknya, membina akhlaq. Akhlaq atas dasar iman dan taqwa kepada Allah.

Adakah pembinaan masyarakat yang ideal itu hanya bergantung kepada ahli politik?

Tidak. Semua pihak perlu main peranan.

Seni Berpolitik

Antara contoh terbaik, kita lihat bagaimana Rasulullah S.A.W. menangani sikap marah sahabat-sahabat baginda apabila melihat seorang lelaki badwi kencing di satu sudut masjid. Hasilnya kencing tidak jatuh merata dan badwi itu tidak jatuh aibnya. Ia seni mendidik akhlaq.

Jika kita lihat ahli politik, cara berpolitik mereka sangat hebat sehingga berjaya mempengaruhi rakyat mengundi mereka dalam pilihanraya. Mereka bukan memaksa rakyat memilih, tetapi meyakinkan rakyat melalui personaliti, ilmu dan kebolehan menyempurnakan keperluan rakyat. Seteruskan dengan kedudukan yang ada, mereka membuka ruang tarbiyyah seluasnya kepada rakyat dan menutup pintu-pintu kemaksiatan. Ada seni dalam amar ma'ruf nahi mungkar.

Kita lihat politik dalam rumahtangga, suami isteri boleh saling menasihati jika ada toleransi. Seorang ibu lebih berkesan mendidik anak-anak dengan cara lemah lembut dan kasih sayang. Namun pada ayah, berbeza caranya. Perlu ada ketegasan dan rasa kasihan belas. Anak tidak lari, malah makin rasa diperlukan. Seni berkeluarga.

Politik Doktor

Politik adalah tanggungjawab.
Justeru doktor juga harus ada ilmu politik. Politik cara doktor.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Pemerintah adalah pengembala dan bertanggungjawab ke atas gembalaannya, dan suami adalah pengembala di dalam rumahtangganya dan dia akan ditanya tentang gembalaannya"


Doktor mengembala pesakitnya. Sakit fizikal dan sakit rohani perlu doktor rawat. Kalaupun tidak terasa tugas doktor merawat sakit rohani, jangan lupa doktor juga seorang hamba Allah yang mana kewajipannya adalah mengajak manusia untuk meng-Esa-kan Allah,

Mahu jawab apa depan Allah kelak?

Kata Prof. Dr. Muhaya, untuk menjadi seorang doktor yang baik, perlulah positif dalam tingkah laku dan konfiden. Ia sememangnya sifir dalam berpolitk.

Masyarakat sudah sememangnya dekat, tidak perlu dipanggil malah mereka datang kepada doktor. Dari setinggi-tinggi pangkat, hingga yang serendah-rendah golongan. Mereka mengharapkan rawatan. Jadi rawat mereka seluruhnya, rohani dan jasmani.
Beri mereka layanan yang terbaik, ubat terbaik. Bisikkan islam dalam hati pesakit kita. Ia kombinasi terbaik.

Biarpun kita tidak mampu menjamin pulihnya sakit mereka, namun harapan untuk selamat itu ada.

Yang pasti kita mahu selamat dari seksa neraka.


"Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept trying when there seemed to be no hope at all" - Dale Carnegie (1888-1955)









Saturday, June 12, 2010

12 Jun 2010 (memori bersama)

11 a.m
  • bersama-sama dengan sahabatku,Norhana ke universiti..menyelesaikan beberapa urusan di sana..perjalanan kami,alhamdulillah..semuanya indah dan kami sentiasa bergelak ketawa sepanjang perjalanan ke universiti..
11.30 a.m
  • kami tiba di bangunan pengurusan kuliah di univerisiti (syuun tullab)..masuk ke bangunan tersebut dan berjumpa dengan Mr. Mahmood dan menyatakan urusan kami pada hari ini..
  • Mr. Mahmood menyuruh kami berjumpa dengan dekan kuliah ('amid kulliah) untuk memudahkan urusan kami..
  • Namun, aku ingat mudah sahaja urusannya..sangkaanku meleset sekali..dean menyuruh kami berjumpa kembali Mr. Mahmood untuk urusan ini (walaupun telah beri penjelasan bahwa Mr. mahmood yang menyuruh kami berjumpa dengan beliau)
  • Kami berjumpa kembali Mr. Mahmood..betul sangkaan kami,urusan makin sukar..banyak prosedur yang perlu dipenuhi..tidak seperti sebelum ini, prosedurnya mudah sahaja..kami ditolak ke sana sini untuk urusan tersebut..asam garam kehidupan di sini..urusan mudah yang disukarkan..kami menjadi suasana yang ditolak arus..
12.30 p.m
  • apabila urusan makin dirumitkan,kami keluar dari syuun tullab..sahabatku, Hana segera meninggalkan bilik tersebut kerana kecewa dengan prosedur yang leceh dan merumitkan itu..aku masih di pejabat itu,mengharapkan agar urusan dipermudahkan..walaubagaimanapun,jauh panggang dari api..prosedurnya masih sukar..
  • aku mengambil keputusan untuk meninggalkan bilik itu kerana kecewa dengan prosedur yang amat sukar itu..
1 p.m
  • aku segera menelefon doktor yang bertanggungjawab ke atas pelajar Malaysia..menjelaskan kepada doktor tersebut perihal urusan kami..kerana sebelum ini,urusan yang sama, tetapi tidaklah sesukar ini..
  • sedang aku menelefon doktor,dari jauh ku lihat mata sahabatku kemerahan..ketika itu juga,doktor Commed (Dr. Mona dan Dr. Amira) datang menghampiri dia..barangkali pelik melihat kesedihannya itu..
  • tidak sanggup melihat aku dan dia mengeluarkan mutiara jernih,kedua-dua doktor mengajar.. menghulurkan bantuan kepada kami..alhamdulillah,urusannya dipermudahkan sedikit..
  • Dr. Mona meminta maaf kepada kami kerana sistem di sini yang leceh..dia juga menceritakan perihal urusannya untuk sambung Master..katanya,memang sistem di sini..
  • 1 urusan telah selesai,tinggal sedikit sahaja lagi..mohon dipermudahkan..
Mengapa peristiwa ini diceritakan ?
  • Kehidupan di ardhu kinanah memang memupuk diri ini supaya sentiasa bersabar dan tidak merungut dengan segala kesusahan di sini tapi berusaha untuk menghadapi kesusahan tersebut.
“Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Q.S Huud:49)

  • Doktor-doktor di sini sangat membantu..yuran pengajian yang mahal itu tidak sedikitpun diberi kepada doktor-doktor yang megajar..namun,mereka masih mengajar kita tanpa meninta sebarang balasan..tatkala kami dalam kesusahan tadi,doktor masih membantu..Maka, satu persoalan bersarang di fikiranku ini.Mengapa masih ada pelajar-pelajar di bumi Syarqiah ini tidak menghargai doktor-doktor yang mengajar mereka.Apabila doktor mengajukan soalan yang menguji kefahaman dan tidak secara langsung, kata-kata negatif diucapkan dari mulut-mulut pelajar.Bagiku,tidak salah jika doktor bertanya soalan yang menguji minda..walaupun tidak dapat menjawab dengan baik,namun tatkala itulah kita melatih otak kita untuk berfikir..


Bermula dari 11 pagi hingga ke 1.30 petang adalah antara detik-detik yang mengajar kami erti kesabaran.Menangis kami kerana menahan marah..mungkin peristiwa itu masih tidak melangkaui had kesabaran kami..bertambahlah episod kesabaran ke dalam diari pengembaraan di ardhu kinanah ini..

Kepada Hana,benarlah, susah senang kita bersama..
Pesanan buat diri sendiri, jangan mudah melatah apabila diuji..

Monday, May 17, 2010

Janji Tuhan Pasti Berlaku

Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali

Cahaya iman menyuluh tiap sanubari

Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia

Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya
Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula

Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya
Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia

Selamatkan kami umat di akhir zaman

Dengan iman yang terpelihara
Lagu: Kamal Halim
Lirik: Kamal Halim


  • Terima kasih kak atas perkongsian lagu ini.. :) mengubatkan hati yang sentiasa leka dengan perkara yang tidak pasti..


Saturday, May 15, 2010

16th May 2010

Sudah lama tidak menjengah ke laman ini...sempena 16 Mei 2010,

"SELAMAT HARI GURU"

* terima kasih atas didikan guru-guru di :-
  • Rumah (mak & abah)
  • Sunshine Nursery School
  • Sek. Keb. Senaling
  • SMKA Pedas
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  • Zagazig University
*Rindu kenangan lalu...
*terkenang kenakalan sewaktu di bangku sekolah rendah..haha!!
*2 tahun lagi pengembaraan di ardhu kinanah ini...cepat sungguh masa berlalu...




Thursday, January 28, 2010

Graf kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap kali saya mengunjungi laman FaceBook sahabat-sahabat saya(dari sekolah rendah hingga ke universiti),pasti terlintas kata-kata ini di kotak fikiran saya..

"Sejak kita dilahirkan sehingga kini,kita mempunyai graf hidup yang baik(sentiasa meningkat).Oleh itu,janganlah disebabkan kelalaian dan kealpaan menatijahkan kemorosotan graf hidup kita"..

Bagi saya,peningkatan dalam graf hidup berkadar terus dengan keimanan kepada Allah.Sudahkah saya melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Muslim?Apakah sumbangan yang telah saya lakukan kepada Islam? Adakah saya sepenuhnya melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya?Pastikah bahawa saya mempraktikkan kehidupan sebagai Muslim dalam semua perkara?atau hanya diamalkan kepada sebahagian perkara yang diminati sahaja?

"Semakin kita berkehendakkan syurga Allah,semakin perit ranjau-ranjau kehidupan yang perlu ditempuhi.Memang pahit,tetapi syurga itu manis"

"Ya Allah,tunjukkanlah kami jalan yang lurus yakni jalan-jalan yang Engkau redhai.Pandulah kami dalam setiap tindak-tanduk kehidupan ini.Jadikanlah kami sebagai hambaMu yang amanah kepada ilmu dan tanggungjawab yang dikurniakan ini.Ameen.."



Happy 19th belated birthday to my brother,Ahmad Shahir b Mohamad Nazri on 24th jan 2010..