- bersama-sama dengan sahabatku,Norhana ke universiti..menyelesaikan beberapa urusan di sana..perjalanan kami,alhamdulillah..semuanya indah dan kami sentiasa bergelak ketawa sepanjang perjalanan ke universiti..
- kami tiba di bangunan pengurusan kuliah di univerisiti (syuun tullab)..masuk ke bangunan tersebut dan berjumpa dengan Mr. Mahmood dan menyatakan urusan kami pada hari ini..
- Mr. Mahmood menyuruh kami berjumpa dengan dekan kuliah ('amid kulliah) untuk memudahkan urusan kami..
- Namun, aku ingat mudah sahaja urusannya..sangkaanku meleset sekali..dean menyuruh kami berjumpa kembali Mr. Mahmood untuk urusan ini (walaupun telah beri penjelasan bahwa Mr. mahmood yang menyuruh kami berjumpa dengan beliau)
- Kami berjumpa kembali Mr. Mahmood..betul sangkaan kami,urusan makin sukar..banyak prosedur yang perlu dipenuhi..tidak seperti sebelum ini, prosedurnya mudah sahaja..kami ditolak ke sana sini untuk urusan tersebut..asam garam kehidupan di sini..urusan mudah yang disukarkan..kami menjadi suasana yang ditolak arus..
- apabila urusan makin dirumitkan,kami keluar dari syuun tullab..sahabatku, Hana segera meninggalkan bilik tersebut kerana kecewa dengan prosedur yang leceh dan merumitkan itu..aku masih di pejabat itu,mengharapkan agar urusan dipermudahkan..walaubagaimanapun,jauh panggang dari api..prosedurnya masih sukar..
- aku mengambil keputusan untuk meninggalkan bilik itu kerana kecewa dengan prosedur yang amat sukar itu..
- aku segera menelefon doktor yang bertanggungjawab ke atas pelajar Malaysia..menjelaskan kepada doktor tersebut perihal urusan kami..kerana sebelum ini,urusan yang sama, tetapi tidaklah sesukar ini..
- sedang aku menelefon doktor,dari jauh ku lihat mata sahabatku kemerahan..ketika itu juga,doktor Commed (Dr. Mona dan Dr. Amira) datang menghampiri dia..barangkali pelik melihat kesedihannya itu..
- tidak sanggup melihat aku dan dia mengeluarkan mutiara jernih,kedua-dua doktor mengajar.. menghulurkan bantuan kepada kami..alhamdulillah,urusannya dipermudahkan sedikit..
- Dr. Mona meminta maaf kepada kami kerana sistem di sini yang leceh..dia juga menceritakan perihal urusannya untuk sambung Master..katanya,memang sistem di sini..
- 1 urusan telah selesai,tinggal sedikit sahaja lagi..mohon dipermudahkan..
- Kehidupan di ardhu kinanah memang memupuk diri ini supaya sentiasa bersabar dan tidak merungut dengan segala kesusahan di sini tapi berusaha untuk menghadapi kesusahan tersebut.
“Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Q.S Huud:49)
- Doktor-doktor di sini sangat membantu..yuran pengajian yang mahal itu tidak sedikitpun diberi kepada doktor-doktor yang megajar..namun,mereka masih mengajar kita tanpa meninta sebarang balasan..tatkala kami dalam kesusahan tadi,doktor masih membantu..Maka, satu persoalan bersarang di fikiranku ini.Mengapa masih ada pelajar-pelajar di bumi Syarqiah ini tidak menghargai doktor-doktor yang mengajar mereka.Apabila doktor mengajukan soalan yang menguji kefahaman dan tidak secara langsung, kata-kata negatif diucapkan dari mulut-mulut pelajar.Bagiku,tidak salah jika doktor bertanya soalan yang menguji minda..walaupun tidak dapat menjawab dengan baik,namun tatkala itulah kita melatih otak kita untuk berfikir..
Bermula dari 11 pagi hingga ke 1.30 petang adalah antara detik-detik yang mengajar kami erti kesabaran.Menangis kami kerana menahan marah..mungkin peristiwa itu masih tidak melangkaui had kesabaran kami..bertambahlah episod kesabaran ke dalam diari pengembaraan di ardhu kinanah ini..
Kepada Hana,benarlah, susah senang kita bersama..
Pesanan buat diri sendiri, jangan mudah melatah apabila diuji..
Teringat dlu setiap kali nk renew visa.aduhai siksanya..tp alah bisa tegal biasa.harus sabar yg amat kan?huhu
ReplyDeletesalam ustazah..
ReplyDeletetergugat ana bile ustazah nangis..hehe
sabar itu indah..seindah cerita kita~~
Chaq pun pernah rasa skali. Megalir air mata sebab urusan yang 'terasa sukar'. Tapi bila dah balik Malaysia, kita tambah sabar insyaAllah.
ReplyDelete"Jika otak manusia boleh dijual, tentu otak orang Melayu paling mahal sebab masih banyak kapasiti otak yang masih tidak digunakan",seloroh seorang sahabatku..
Sensitip! sensitip! ^_^
buat sahabat2ku sekalian..benarlah,bukan kita sahaja yang alami..ada yang lebih diuji lagi,namun mereka masih kental dan bersabar..malunya jika kita yang diuji sedikit ini tidak sabar..terima kasih..
ReplyDeletekesian..hana tulis, dura comel bila nanges..hehe..sabar ye dura..=)
ReplyDelete