Kecoh 1 Malaysia apabila ahli parlimen DAP kawasan Serdang,Teo Nie Chingberkunjung dan memasuki ruang utama surau Al-Huda,Kajang (di sini). Semakin terbuktilah,tanah airku ini dilanda pemikiran sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan) apabila seorang insan bagiku jahil agamanya menyatakan dalam media bahawa kunjungan wakil rakyat tersebut bermatlamatkan politik.Kecewa. Bagiku,pelajar sekolah menengah pun sudah tahu bahawa Rasulullah juga menjadikan masjid bukan untuk solat sahaja,malah sebagai satu medium untuk pemimpin bertemu rakyatnya.Bukankah kedatangan Islam juga membawa sinar baru dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi,politik dan pelbagai lagi. Itulah yang dinamakan syumul. Kecewa dengan kenyataan insan tersebut yang menidakkan masjid atau surau sebagai satu medan utntuk politik juga.
Lebih mengecewakan lagi kerana, ada pihak yang hanya Islam pada nama sahaja menimbulkan keresahan kepada umat Islam lain terhadap peristiwa tersebut. Bagiku,wakil rakyat tersebut lebih seribu kali baik kerana menghormati umat Islam berbanding mereka yang beragama Islam tapi tidak mahu mengamalkan Islam dalam kehidupan. Apabila diminta untuk dilaksanakan hukum hudud memandangkan tanah airku ini berstatuskan negara Islam, pelbagai hujah dicipta agar undang-undang Allah ditolak dan terus berpaksi ke arah undang-undang ciptaan manusia. Maka,tanggunglah akibatnya. Gejala sosial makin menjadi-jadi dan lain-lain lagi.
Petikan di bawah adalah berkaitan tentang hukum pelancong bukan Islam masuk ke kawasan masjid, dan ulasan Tuan Guru Nik Aziz tentang hal tersebut.Semoga bermanfaat.
Harakahdaily |
Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Keterangan/Hujah: 1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. 2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. 3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. 4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza. |
Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. “Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. “Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan. “Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi. Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi. “Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya. Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam. “Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya. Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya. Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah. Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK. |
No comments:
Post a Comment