Thursday, January 22, 2009

my first......(dissapointed mode)

22 jan o9,utk kali kedua exam praktikal pathology diadakan...alhamdulillah,saya boleh juga menjawab soalan diagnosis utk jars dan soalan tambahan berdasarkan kad slide...tp,utk soalan diagnosis bagi slide,diagnosis saya yang pertama dah betul,tp tiba-tiba pulak otak ni mengarahkan tangan ni utk memotong jawapan yg pertama tadi dan letak jawapan yang baru...rupa2nya,jawapan petama yang betul...huhuu :(aku pasrah....



rasanya ni lah slide yg saya dpt(adenocarcinoma)..tp,salah jawab..



kecewa+sedih=pasrah n redha


bila peristiwa ni berulang kembali,saya terus teringat apa yang cikgu Anisah selalu cakap sewaktu di smka pedas dahulu ketika menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar..."the first answer is always the right one,so jgn gatal2 nak tukar jawapan pertama kamu tu,saya sangat marah jika saya mendapati bahawa ada student saya yang menukar jawapannya yg pertama dan yang pertama itu adalah betul"...huhu,memang betul pun...bila kita dah tulis jawapan yg pertama tu,peratusan jawapan tu betul adalah tinggi...80% barangkali...sebab,jawapan itulah yang mula2 sekali terpancul di ruang legar fikiran kita...peristiwa ni,bukan aku seorang shj yg mengalaminya,malah kawan2 aku juga...selepas exam,pelbagai riak wajah yang aku lihat bila mereka menukar jawapan yg pertama sedangkan,yg pertama itulah yang betul...huhu..

"CARELESS" dan beri jawapan ke-2 yg salah(yg pertama dah betul)....

kedua2nya adalah perkara yg plg menggeramkan saya setelah selesai jawab soalan peperiksaan..sepatutnya,boleh dielakkan,cuma diri ni terlalu tergopoh-gapah,tidak berhati-hati dan tidak yakin ketika ber'dating' dgn kertas peperiksaan tu...aduhai,pasrah je ler...

sebenarnya,bila dah bergelar pelajar medic ni,dan sudah tentunya akan bergelar doktor yang akan berhadapan dengan pesakit dgn pelbagai penyakit...so,setiap kertas soalan saya ibaratkan seperti pesakit...setiap soalan di dalamnya seperti symptom2 yang dialami pesakit...maka,jawapan saya dalam peperiksaan ibarat rawatan yang akan saya berikan kepada pesakit...jika saya "careless" dan tidak yakin ketika menjawab soalan peperiksaan,boleh saya ibaratkan yang saya gagal ketika berhadapan dgn pesakit...konklusinya,saya kena TENANG,YAKIN DAN TELUS ketika menjawab soalan...

utk mencapai ketenangan,keyakinan dan ketelusan....maka,saya kena tingkatkan USAHA serta IKHTIAR,dan seterusnya kita TAWAKAL kpd Allah...ingat,sehebat mana pun usaha dan kepintaran kita,kebergantungan kpd Allah,jgn sesekali dilupakan...


4 comments:

  1. salam my little marjan

    “Dan bertawakkallah engkau kepada Tuhan yang hidup, tiada mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya.” surah Al-Furqan: 58

    segala yg tersurat punyai maksud tersirat..
    ikhlas dan redha hendaknya..

    gambate 4 nex paper!

    ReplyDelete
  2. xpe dura..paper laen byk lg...
    sy yakin awak boleh...
    chaiyok ye...

    ReplyDelete
  3. slm dura..this happened to me just now,time written..kan ada calcitonin astumor marker for cancer kan..sy jwb thyroid at first,then pandai2 plak pi potong tukar parathyroid..huhuhu...xpa2..we learn from mistakes kan??
    gud luck pharma..hehe

    ReplyDelete
  4. khai, aku argue jawapan thyroid cancer itu. sebab calcitonin dari parathyroid.
    tapi aku jawab thyroid juga, walaupun tidak puas hati dgn jwpn buku itu.
    ^_^

    ReplyDelete