Monday, January 19, 2009

Agonist perjuangan Islam...






assalamualaikum...alhamdulillah,18 jan 2009,Hamas dan pejuang palestin ishtiharkan kemenangan mereka setelah 22 hari israel melakukan serangan secara bertalu-talu...tp,hakikatnya,memang sudah lama palestin sentiasa diancam israel(yahudi),cuma serangan israel ke atas gaza ketika ini sahaja yg mendapat liputan meluas dari pihak media...namun,para mujahid dan mujahidah di bumi palestin masih utuh demi menjaga kesucian dan ketuanan Islam di bumi Palestin di mana di sana juga terletaknya kiblat pertama kita,masjidil aqsa di baitul maqdis...sehingga ke hari ini,1300 shahid dan rata-ratanya adalah org awam(410 kanak2,104 wanita)...di sini,sudah jelas akan kekuatan tentera hamas dan kejinya serta pengecutnya tentera israel sehingga sanggup membunuh orang2 awam yg tidak berdosa...jika benar mereka(israel) hebat sangat,mereka sepatutnya mencari lawan yg betul(pejuang HAMAS)...bukannya mencederakan orang awam...serangan mereka bukan atas dasar diplomatik ttp atas dasar dakyah ZIONIS mereka serta mereka bimbang akan kebenarannya janji2 Allah dalam ayat surah Al-Isra' yg bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".
adakah ayat ini menggerunkan mereka???adakah disebabkan ayat ini juga,kaum yahudi menganggap sesiapa sahaja yg bukan berdarah yahudi adalah anjing dan darah2 selain drpd mereka halal dibunuh???adakah itu sbg predisposing factor utk memantapkan gerakan zionisme mereka??sama2 kita renungkan dan fikirkan...


walaupun kemenangan HAMAS dan pejuang palestin diishtiharkan,ingatlah,

"dan kaum yahudi dan nasrani tidak akan meredhai ke atas kamu sehingga kamu mengikuti langkah mereka"
perjuangan masih belum selesai...utk berada di medan perang bersama2 mereka,kebarangkaliannya,amat tipis sekali...sebagai peringatan diri dan sahabat2 semua,isu saudara kita di palestin bukanlah isu politik negara semata2,tetapi isu mereka adalah tanggungjawab kita...simpati sahaja tidak cukup....perasaan empati itu penting krn mereka(umat islam di palestin)adalah saudara kita ..ia adalah salah satu yang memastikan kemandirian cita2 utk menggapai intisor robbani(kemenangan ketuhanan) dalam hidup ini...

kita janganlah mudah terleka dgn kemenangan ini sehingga kita LUPA untuk MEMBOIKOT,MENGAMALKAN QUNUT NAZILAH,MENDOAKAN KESEJAHTERAAN PEJUANG2 & UMAT ISLAM DI PALESTIN DAN DI SELURUH DUNIA,MENGAMBIL TAHU NASIB SAHABAT2 KITA DI SANA,MENYEBARKAN MAKLUMAT,korbankan harta dan masa kita dan banyak lagi...

jangan sesekali kita tidak menghiraukan kesusahan dan keperitan saudara2 seislam kita di mana2 jua.. sabda rasulullah:

"Barangsiapa yg tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah dari golongan mereka(orang2 islam)."
sbg muhasabah diri dan kawan2,

"Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:sesiapa yang mati tanpa tidak pernah berperang,bahkan di hatinya tidak pernah tergerak untuk berperang,maka matinya sama dgn mati orang munafik."
(Hadis riwayat Imam Muslim)

nauzubillah....





No comments:

Post a Comment