22 jan o9,utk kali kedua exam praktikal pathology diadakan...alhamdulillah,saya boleh juga menjawab soalan diagnosis utk jars dan soalan tambahan berdasarkan kad slide...tp,utk soalan diagnosis bagi slide,diagnosis saya yang pertama dah betul,tp tiba-tiba pulak otak ni mengarahkan tangan ni utk memotong jawapan yg pertama tadi dan letak jawapan yang baru...rupa2nya,jawapan petama yang betul...huhuu :(aku pasrah....
rasanya ni lah slide yg saya dpt(adenocarcinoma)..tp,salah jawab..
kecewa+sedih=pasrah n redha bila peristiwa ni berulang kembali,saya terus teringat apa yang cikgu Anisah selalu cakap sewaktu di smka pedas dahulu ketika menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar...
"the first answer is always the right one,so jgn gatal2 nak tukar jawapan pertama kamu tu,saya sangat marah jika saya mendapati bahawa ada student saya yang menukar jawapannya yg pertama dan yang pertama itu adalah betul"...huhu,memang betul pun...bila kita dah tulis jawapan yg pertama tu,peratusan jawapan tu betul adalah tinggi...80% barangkali...sebab,jawapan itulah yang mula2 sekali terpancul di ruang legar fikiran kita...peristiwa ni,bukan aku seorang shj yg mengalaminya,malah kawan2 aku juga...selepas exam,pelbagai riak wajah yang aku lihat bila mereka menukar jawapan yg pertama sedangkan,yg pertama itulah yang betul...huhu..
"CARELESS" dan beri jawapan ke-2 yg salah(yg pertama dah betul)....
kedua2nya adalah perkara yg plg menggeramkan saya setelah selesai jawab soalan peperiksaan..sepatutnya,boleh dielakkan,cuma diri ni terlalu tergopoh-gapah,tidak berhati-hati dan tidak yakin ketika ber'dating' dgn kertas peperiksaan tu...aduhai,pasrah je ler...
sebenarnya,bila dah bergelar pelajar medic ni,dan sudah tentunya akan bergelar doktor yang akan berhadapan dengan pesakit dgn pelbagai penyakit...so,setiap kertas soalan saya ibaratkan seperti pesakit...setiap soalan di dalamnya seperti symptom2 yang dialami pesakit...maka,jawapan saya dalam peperiksaan ibarat rawatan yang akan saya berikan kepada pesakit...jika saya "careless" dan tidak yakin ketika menjawab soalan peperiksaan,boleh saya ibaratkan yang saya gagal ketika berhadapan dgn pesakit...konklusinya,saya kena
TENANG,YAKIN DAN TELUS ketika menjawab soalan...
utk mencapai ketenangan,keyakinan dan ketelusan....maka,saya kena tingkatkan
USAHA serta
IKHTIAR,dan seterusnya kita
TAWAKAL kpd Allah...ingat,sehebat mana pun usaha dan kepintaran kita,
kebergantungan kpd Allah,jgn sesekali dilupakan...