Tuesday, August 25, 2009

....no title...

Alhamdulillah,bulan yang dinanti-nanti telah tiba..




25 ogos 09









-Tahniah,Dun permatang pasir dimenangi oleh PAS melalui calonnya MOhd. Salleh Man-
(takbir-Allahuakbar)




-tahniah buat para pengundi,insyaAllah,pilihan anda adalah pilihan terbaik,ke arah negara berkebajikan-


Situasi semasa Influenza A(H1N1)
[setakat 25 ogos 2009,jam 9 pagi]

Kes Kematian : Satu
Jumlah Kematian : 70

Hari ini sejumlah 52 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 162 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,345 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 82 buah hospital termasuk 1 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 202 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU di mana 5 kes merupakan kemasukan baru, terdapat 2 kematian (belum disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian) sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 38 kes (95%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (15), obesiti (9), diabetes (6), kanak-kanak/bayi (3), hamil/postnatal (3) dan Sindrom Down (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Beliau mendapatkan rawatan awal pada 12 Ogos 2009 di hospital kerana kejadian demam sawan bersama batuk selama 2 hari. Pada 13 Ogos 2009 keadaan pesakit semakin tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan rawatan tamiflu dimulakan. Hasil ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17 Ogos 2009. Walaubagaimanapun beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2009 dengan sebab kematian H1N1 Encephalitis with Cerebral Odema and Multiorgan Failure.

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes yang sehingga 25 Ogos 2009 adalah berjumlah 239,397 dengan 2,578 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

{maklumat diperoleh daripada laman web kementerian kesihatan malaysia}


Liverpool vs aston villa



>huhu,liverpool kalah di tempat sendiri..tak percaya rasanya..bukan calang-calang kalahnya,3-1..rasa macam tak percaya je..haha..tapi,tengok liverpool main kebelakangan ni pun,tak nampak "gah" mereka sebagai pasukan top 4 EPL...go go liverpool esp gerrard(d best midfielder)

......insyaAllah,post yang akan datang,rasanya seperti hendak bercerita tentang vaksin H1N1(selesema ****)..seronok menonton Anatomy of pandemic di saluran Discovery..berminat dengan cara penerangan mereka dan mudahkan kefahaman saya terhadap ilmu yang telah saya pelajari dalam Mikrobiologi(3rd year)..belajar medic dengan cara menonton televisyen pun banyak membantu untuk memahami matapelajaran perubatan...ok,sehingga berjumpa lagi..

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..THE SAME RAMADHAN,BUT DIFFERENT RESULT..



1 comment:

  1. Alhamdulillah..ini yang terbaik yg dtentukan Tuhan..takbir!

    ReplyDelete