Tuesday, March 24, 2009

kerinduan + kepenatan

assalamualaikum...

baru selesai menghubungi mak dan abah di malaysia.....dah seminggu lebih tak ber"sms" dgn mak apatah lagi abah...cuma ber"sms" dgn adik(shahir),tu pun kadang2 sahaja...atul dah balik asrama...sunyi kembali lah rumah tu...shahir sekarang sedang "on call" test oleh pihak jpa...tak sabar nak dengar dia ceritakan pengalaman dia...insyaAllah,minggu depan shahir akan ada "interview" untuk mendapat biasiswa bawah tajaan jpa untuk sambung pelajaran dalam bidang perubatan ke timur tengah...persaingan memang sengit...semoga Allah permudahkan segalanya..semoga shahir diberi peluang untuk menimba ilmu perubatan dan ilmu agama di bumi anbiya' ni...insyaAllah...

tentang atul pula,insyaAllah,13 oktober 2009 ni,dia akan menduduki PMR(semoga memperoleh 9A)...atul minta kakak dia ni untuk balik ke mesir semula pada 17 oktober....insyaAllah,semoga dipermudahkan segala urusan untuk berada di malaysia dari 25 julai hingga 17 oktober...mak cerita yang atul seperti biasa,sentiasa cakap tak nak balik asrama sambil kemaskan barang yang nak dibawa balik ke asrama...ada ke atul cakap suruh hantar teddy bear kesayangan dia ke asrama sahaja...kelakar sungguh lah atul ni...bila dia asyik merungut2 tak nak balik asrama,seperti biasa,seluruh isi rumah akan buat tak dengar dengan rungutan dia tu...kalau dilayan,tak belajarlah jawabnya..
bertabahlah wahai atul...hehe...
sebenarnya,sekarang ni sangat rindukan atul dan shahir serta mak dan abah....semoga kerinduan ini tak melebihi kerinduan hambaMu ini kepadaMu....
abah hari jumaat ni,ada meeting di sungai petani...kebetulan shahir sedang bercuti,mak tak lah keseorangan...sebelum ni,mak sentiasa berseorangan dan kadang2 abah pun pernah berseorangan di rumah selama seminggu sebab mak terlibat sbg pengawas exam di matriks labuan...sejak kami tiga beradik jarang2 duduk rumah , mak dan abah memang sentiasa out station...

bila tengok kesibukan mak dan abah,terfikir juga bagaimanalah dengan saya nanti bila sudah bergelar doktor lebih2 lagi ketika h/o...dengan on call nya...saya tak mampu nak bayangkan kesibukannya dan saya tak mahu membayangkan kesibukan tersebut...bersedia menerima sahaja kesibukan yang bakal ditempuhi...

"HIDUP DI DUNIA BUKAN UNTUK BEREHAT2"

saya akui...kepenatan itu pasti apabila terlalu sibuk....dan kadang-kadang bila terlalu melayan perasaan penat itu,tertangguhlah segala kerja dan virus malas mula menular segenap zarah di dalam tubuh...pesan seorang sahabat,jika kita merasa terlalu penat dengan kesibukan kita dalam menjalankan tugas dan dalam perjuangan,percayalah,sebenanrnya ada lagi insan di muka bumi ini yang lebih sibuk dan lebih penat lagi daripada kita...

syukran atas pesanan itu sahabatku...benarlah dalam surah Al-asr,

"demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali untuk mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan jua kesabaran"

pesanan itu sentiasa menjadi motivasi kepada hamba Allah yang lemah ini...perjuanganku baru sedikit ujiannya...jika hendak dibandingkan dengan para pejuang di palestin,apalah sangat kepenatan saya ini...mereka di sana,barangkali hendak merasa tilam yang empuk itu,pasti jauh sekali...sekurang-kurangnya,jika saya kepenatan,dapat juga saya melelapkan mata buat sementara dan menyambung kerja saya semula...tapi,para mujahid yang memperjuangkan agama Allah pada zaman ini,pasti tidak lena tidur mereka memikirkan masalah ummah dan perancangan musuh Islam nuntuk menjatuhkan Islam....

Alhamdulillah...sebenarnya,seronok juga bergelumang dengan kesibukan ini...cuma,janganlah bergelumang dengan kesibukan mengejar dunia sahaja...dunia ini hanya jambatan ke hari akhirat...itulah kehidupan yang abadi....pastikanlah kesibukan kita setiap hari dan setiap waktu itu adalah untuk Islam...segala tindak tanduk kita adalah kerana Allah semata-mata...

26 mac ni,ada exam untuk subject pathology...berkisar tentang cvs,respiratory disease,liver,git,urinary system and male genital system...perasaan,risau sbb tak habis baca lagi...walau apapun,saya enjoy dengan pembelajaran tahun 3 ni...Alhamdulillah diberi peluang untuk mempelajari ilmu perubatan....

buat sahabat2 tahun 3,
"BITTAUFIQ WANNAJAH"

Sunday, March 15, 2009

Kenapa peduli 'Allah peduli' agnes monica sahaja?

"Aku pernah datang konsert Agnes Monica malam tu," kata seorang teman. Ketika itu kami sedang rancak berbual kosong di Devi's Corner di Bangsar sekitar jam 2 ke 3 pagi.

Tiba-tiba Agnes Monica berkata, "..Yesus Kristus!" dan semua orang yang hadir terdiam seketika. Begitu teman saya itu bercerita. Saya tidak pasti apakah yang disebut oleh Agnes. Mungkin salam dari Yesus Kristus atau lain-lain ucapan yang biasa diucapkan oleh penganut Kristian.

Bualan itu tercetus kerana mata kami tertancap pada sekeping poster yang menampilkan susuk tubuh Agnes Monica dalam 'pose' yang mengiurkan dan mengghairahkan. Poster iklan itu ditampal pada dinding kedai mamak 24 jam tersebut.

Iklan itu menunjukkan bahawa Agnes Monica akan hadir pada suatu tarikh di Stadium Merdeka kalau tidak salah ingatan saya lagi. Dia hadir bersama siapa? Adakah itu hanya persembahan solo? Siapakah penganjurnya? Saya sudah lupa.

Bagi mereka yang belum tahu, penyanyi muda yang kian laris di Malaysia bagaikan pisang goreng itu mula terkenal lewat lagunya Tak Ada Logika. Lagu itu acapkali diputarkan sehingga melonjakkan namanya ke pentas seni hiburan negara. Klip video Tak Ada Logika sememangnya 'hot', bak kata anak-anak muda.

Nasib tidak menyebelahi Julia Perez (singkatannya Jupe), penyanyi dangdut yang juga memang panas lewat lagunya 'Belah Duren'. Tanya saja kepada Syekh YouTube tentang judul lagu tersebut dan anda boleh buat penilaian sendiri samada klip video itu panas atau pun tidak.

Kemarau seni hiburan bercitra Islami, dimendungkan oleh kebanjiran drama sinetron dan longgokan klip video Indonesia yang meresahkan kita. Jika pun ada kehadiran seni hiburan Islam dari Tanah Seberang itu, nescaya ia bukan dalam pakej yang boleh membanggakan, kerana jumlah dan edarannya terlalu sedikit dan terhad pula.

"Eh! Kau baik-baik sikit Joni.." demikian saya cuba kendurkan ketegangan yang kian berombak di dadanya. "Apa buktinya Agnes Monica cakap begitu? Aku nak Pakatan Rakyat bawa usul agar setiap rakyat diwajibkan ambil insuran mulut lepas ni."

"Betul apa?" Joni cuma tertawa. "Tapi, kalau kau tak percaya.. ya terserah.."

Dan.. kisah itu berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa yang berlaku selepas itu. Memang tabiat saya, kalau berlaku di depan mata, barulah saya berani bersuara. Islam mengajar kita bertindak begitu.

Hadis nabi menyebutkan, "Mereka yang 'melihat' kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangan, lidah dan hati." Itu cerita mata. Jadi, dalam 'fatwa' peribadi saya, kalaulah kita cuma mendengar (pastinya dengan telinga) tapi tak melihatnya (pastinya dengan mata) maka kita tidak diwajibkan bertindak dengan tangan, lidah dan hati.

Tapi, masalahnya.. ada ayat al-Quran yang menyebutkan dalam surah al-Hujurat, "Hai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa suatu berita perkhabaran, maka hendaklah kamu siasat kebenarannya.."

Maka dalam kes saya, mulanya saya mendapat maklumat melalui kaedah pertama; mendengar. Maka tidak boleh bertindak lagi dalam keadaan begini. Kita mesti siasat dan sudah tentulah penyiasatan itu melibatkan pandangan mata.

Jadi, selepas jelas pada penglihatan mata, maka baru kita boleh bertindak mengikut kaedah tangan, lidah atau hati. Dan hal pemilihan sama ada tangan, lidah atau hati itu tergantung pula kepada taraf kedudukan kita.

Yang ada kuasa, tentu menggunakan tangan, yang ada lidah untuk bersuara tentulah menyuarakan ketidakadilan itu atau menulis bagi menyebarkan dan menyedarkan orang-ramai. Paling rendah ialah berdoa dalam hati, sebagai cara mengubah hal yang tidak betul itu.

Lagu diharamkan?
Alkisahnya, baru-baru ini, selepas isu penggunaan nama Allah berkumandang semula akibat sebuah bahan bercetak menyiar lafaz kalimah Allah, maka timbul desas-desus berhubung Agnes Monica pula.

Terkini.. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meminta supaya lagu Agnes Monica yang berjudul 'Allah Peduli' diharamkan.

MAIS Mahu Lagu Agnes Monica Diharamkan

SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" kerana liriknya antara lain menyebut "..sebab Allah Yesusku mengerti."

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica. Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata Mais akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.

Rasanya saya boleh faham kenapa lembaga agama seperti Mais mahu haramkan lagu 'Allah Peduli' itu berbanding lagu-lagu lain yang tak kalah unsur kebatilannya. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada lembaga agama yang peka, prihatin dan peduli terhadap isu-isu yang menyentuh akidah seperti ini.

Saya sokong langkah Mais 300 peratus dengan beberapa pertanyaan dan sedikit komentar. Adalah menjadi harapan saya agar pihak jabatan agama tidak marahkan saya dengan pertanyaan dan komentar sebegini.

Pertamanya sebelum saya menyorot pandangan dan komentar peribadi, izinkan saya kepilkan lirik lagu 'Allah Peduli' itu di bawah ini. Saya berbuat begini kerana, menurut Pengerusi Mais, beliau sendiri belum pernah mendengar lagu itu.

ALLAH PEDULI

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

Mereka yang mahu menonton klip video berjudul Allah Peduli, sila rujuk http://www.youtube.com/watch?v=-x_0ChywET8

Harus diakui masyarakat kita masih ortodoks dalam beberapa segi. Di Indonesia, memang sudah terbiasa penggunaan lafaz 'Allah' bagi penganut Kristen Katolik. (Malah, saya dengar, Muslimin di sana juga tidak sukakan pernikahan berbeza agama ini. Tetapi, undang-undang negara telah membenarkan pernikahan antara dua agama itu dilaksanakan.)

Ketika berlaku gempa bumi di Jogjakarta tak lama dulu, saya dikirim ke sana bersama Yayasan Amal PAS untuk liputan. Di sebuah desa mundur, kami langsung terkejut juga apabila melihat terbentangnya suatu kawasan kubur di mana kubur orang Islam dan Kristian sebelah-menyebelah dalam suatu kawasan.

"Si suami Muslim dan di situ isterinya yang beragama Kristen Katolik," kata seorang pemuda ketika membawa kami berjalan-jalan sekitar kampung. Penduduknya tidak ramai. Sukar melihat penduduk yang memakai kasut. Rata-rata mereka berkaki ayam sahaja. Memang mereka terbiasa dengan kehidupan sebegitu agaknya.

Maka penggunaan nama Allah adalah lafaz biasa. Saya mendapat tahu bahawa di Mesir, ada mazhab Arab Kristian yang juga menggunakan kalimah Allah dalam khutbah agama. Ini lumrah biasa bagi masyarakat Arab Islam di Mesir walaupun sesekali ketegangan agama memuncak sesama mereka.

Jika kita menonton filem komedi Mesir, Hasan wa Morcos, tentulah kita sedikit sebanyak faham mengenai hal ini. Pendek kata, ada baiknya masyarakat kita jadi ortodoks pemikirannya buat sementara waktu walaupun hati saya resah melihatkan keadaan ini.

"Berkahwin dengan ahli kitab itu sah dan ia bertujuan mengembangkan dakwah walaupun kita pun tahu bahawa rata-rata orang Melayu Islam kita mahu nikah dengan Minah Salleh, bukan atas alasan dakwah pun," kata saya kepada Joni.

Joni ketawa berdekah-dekah lantas mengasak pertanyaan, "Walaupun nanti ada kemungkinan anak kita berpindah agama?"

Ini yang susahnya. Saya mengharapkan supaya wujudnya satu saf pemuda yang akan menikahi gadis-gadis Melayu yang telah memeluk Kristian. Itulah sebabnya kenapa saya meminta agar negara mempertimbang hal itu. Saya sebutkan hal ini kerana saya ambil peduli tentang urusan kehidupan beragama rakyat Malaysia hari ini.

Dan, atas sebab itu juga saya rasa ada 'bagusnya' masyarakat kita masih lagi ortodoks. Saya boleh menjawab pertanyaan khalayak dengan bantuan Allah, tapi akhbar kita tidak menyediakan ruang wacana yang sihat, ahli-ahli agama masih lagi takut-takut mahu bersuara menyatakan pendirian tersendiri melainkan memutar kembali fatwa klasik, dan mengitar semula qaul-qaul lama daripada imam mazhab terdahulu.

Sebagai contoh.. mari kita renungkan kembali kes lagu Agnes Monica yang dibahaskan mengenai lagunya Allah Peduli itu. Kalau kita teliti, banyak lagu-lagunya yang 'hit' juga. Lagu Allah Peduli tidak termasuk dalam lagu-lagu hit. Stesen penyiaran radio seperti Hot FM, Suria FM, Era dan lain-lainnya agak mustahil memutarkan lagu tersebut.

Mereka akan putarkan lagu-lagu kegemaran anak muda. Peranan deejay radio sendiri amat besar. Jika deejay sukakan lagu itu, nescaya diputarkannya kerana lagu itu dianggap sebagai lagu kegemaran para pendengar juga. Makin ramai pendengar radio itu, maka makin banyaklah iklan yang akan 'masyuk'. Inilah resam perniagaan.

Lagu Allah Peduli itu bukanlah termasuk dalam kategori jenis lagu yang sedap didengar seperti sesetengah lagu nasyid keagamaan pada zaman-zaman dahulu, kecualilah nasyid kontemporari Raihan, Hijjaz dan sebagainya.

Perlu diingat juga bahawa penggiat nasyid kontemporari ini adalah lulusan 'madrasah' nasyid al-Arqam sebelum kumpulan dakwah itu diharamkan gerakannya. Kehadiran kumpulan inilah yang mencetuskan fenomena nasyid kontemporari negara yang kemudiannya diikuti kumpulan nasyid lain.

Anak-anak muda kita akan menyanyikan lagu yang rentaknya rancak, seronok didengar seperti lagu Agnes Monica yang lain seperti lagu 'Matahariku' yang menjadi lagu tema sinetron Jelita di TV3.

Klip video 'Matahariku' itu kenapa tidak diharamkan?
Barangkali, lagu 'Matahariku' itulah antara lagu-lagu Agnes Monica yang tidak mengelirukan pendengar.

Ah! Tapi, kalau lagu itu mengundang kekeliruan pendengar pun, anak-anak muda termasuk orang dewasa tetap akan menyanyikannya termasuk saya sendiri. Dalam kes lagu 'Matahariku', ia adalah lagu hit selepas lagu Tak Ada Logika.

Diakui, saya sendiri pun sukar menangkap maksud pengertian 'Sbab Allah Yesus ku mengerti' sebagai yang tertulis dalam rangkap lagu 'Allah Peduli' itu. Malam ini, saya sedang menonton filem Superman Returns di TV2. Baru saya nampak juga pertalian Kal-El (clark Kent @ Superman @ Hercules) dengan Jor-El (bapa Superman @ Zeus?)

Ingatan saya terhimbau kepada persamaan watak-watak Isa bin Maryam (Yesus Kristus) dengan Tuhan yang berada di dalam syurga, Uzair (Ezra) yang didakwa anak Tuhan, dan Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) yang ayahnya disifatkan sebagai Dewa Matahari.

Apakah semua watak-watak rekaan ini dihubungkaitkan dengan Hercules anak Dewa Zeus iaitu ketua segala dewa yang mengisi kepercayaan Yunani kuno?

Aduh! Betul juga. Pening betul mahu memahami maksud 'Sbab Allah Yesus ku mengerti' ini. Lebih mudah kalau menyanyikan lagu Matahariku, dendangan Agnes Monica. Siapalah yang menulis lirik lagu Allah Peduli itu pun saya kurang pasti.

Lagu Matahariku senang difahami sehinggakan, jika klip video Matahariku itu ditayangkan di TV3, saya sanggup berhenti mengarang demi menghayati keindahan lirik dan lagunya termasuk menghayati bentuk susuk tubuh Anges Monica yang sedang berkemban saat menyanyikan lagu Matahariku itu.

Tetapi, siapakah yang peduli kepada soal mahu mengharamkan klip video itu daripada terus disiarkan di televisyen? Ada ramai orang yang lebih peduli kepada lagu Allah Peduli berbanding 'Matahariku' yang menampakkan putih ketiak penyanyi itu. Lagu Allah Peduli bercorak keagamaan. Mungkin Agnes lebih peduli soal adab sopan saat menyanyikan lagu itu.

Saya ini masih bujang lajang. Tiada siapa yang berani peduli dalam mempertikai estetika, citarasa, selera saya kepada Agnes Monica. Lelaki kita bebas menyatakan pendirian tentang selera dan citarasanya ke atas wanita Mongolia, Kemboja, Korea, China dan lainnya. Yang salah ialah, tindakan membunuh dengan meledakkan tubuh wanita dengan C4. Itu saja.

Syahadan.. siapa yang peduli sangat untuk mengharamkan penyiaran iklan produk Silky Girl berharga RM1.50 yang siarkan tubuh halus mulus para gadis muda bergetah yang terjelir-jelir lidahnya dari Afrika, United Kingdom, Amerika, Serani, China itu? Tiada siapa peduli barangkali dan kita lebih peduli untuk mengharamkan lagu 'Allah Peduli' sahaja.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Mais lantaran sikap mereka yang peduli mengenai lirik lagu Allah Peduli walau pun mereka belum pernah lagi mendengar lagu tersebut. (Demikian menurut kenyataan dalam laporan berita itu).

Syahadan wal arakian.. akhir pertanyaan peribadi, siapakah yang ambil peduli kehadiran lagu Allah Peduli itu sehingga sanggup tampil kehadapan untuk memberitahu pihak lembaga agama Islam mengenai lagu itu?

Sekalung tahniah, penghargaan terhadap kepedulian anda. Anda menyebabkan lembaga agama bekerja dan ambil peduli hal lagu. Sekian terima kasih..:)

p/s: dipetik dari harakah daily

Sunday, March 8, 2009

kesatuan...bukannya persatuan...

assalamualaikum...

Alhamdulillah,sport day PERUBATAN dah selesai pada jumaat lepas(6 mac)...sedih sebab tidak dapat kekalkan kejuaraan....tp,gembira sebab saya menang dalam acara yang saya sertai(winter sonata dan pantomen)...tmbahan lg,ramai kenalan baru yg saya kenali semasa acara tersebut berlangsung..seronok sungguh rasanya dpt jmpa sahabat2 lama dari muhafazah lain...rindu di hati terubat juga akhirnya...semoga perkenalan dan persahabatan ini dirahmati Allah...



Hari ni pula,sudah 12 rabiulawal 1430H...salam maulidur rasul utk semua...walaupun tak pernah bersua dan tidak bersama,perjuangan Baginda(Nabi Muhammad s.a.w) sentiasa bersama kita...perginya baginda tidak bermakna terhentinya perjuangan Islam itu,tetapi kita adalah rantai2 perjuangan itu...kita bukanlah permulaan dan pengakhiran kpd perjuangan itu...

P.E.R.J.U.A.N.G.A.N...
Firman Allah,
"Adakah kamu mengaku yang kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji?"

Dalam berjuang,sudah pasti menjadi kewajipan kpd kita untuk melalui onak2 duri perjuangan itu...dalam menyebarkan risalah Islam ini,segala jalan yang ditempuhi pasti berduri...tidak ada yang mudah dalam berdakwah...ibtila' sentiasa mengekori para pejuang...bohong jika ada yang menyatakan mudah sahaja berjuang dan berdakwah...

U.K.H.U.W.W.A.H
usah bicara ttg perjuangan jika ukhuwwah antara umat Islam itu tidak mantap...berjuang tidak boleh secara berseoranagan shj...gerak kerjanya adalah secara kolektif....maka,ia perlunya kpd KESATUAN....kesatuan ini akan merencanakan "wehdatul fikr, wehdatul amal"...



P.E.R.P.E.C.A.H.A.N

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalm barisan yang teratur,mereka seakan-akan satu bangunan yang tersusun kukuh"
(surah As-saff:ayat 4)

jika gerakan tersebut sudah berpandukan kpd Al-quran dan as-sunnah dan hadafnya hendak disampaikan kpd semua tanpa memilih kriteria fizikalnya semata2,kenapa perlu ditubuhkan gerakan lain???jika ada rompong dalam gerakan yg sdia ada,knp tidak membetulkannya??knp perlu "lompat gerakan"???bukankah ini akan mengundang perpecahan sesama umat islam itu sendiri...lalu,terjadilah rencatan segala amal Islami dan melambatkan perjalanan menubuhkan 'daulah islamiyyah'...

ISLAM FOR ALL...
islam adalah syumul...maka,dakwahnya juga adalah syumul...jadi,kenapa perlu ada pemilihan mad'u(org yg menerima dakwah)???....bukankah semua layak menerima seruan dakwah Islamiyyah tersebut???fikir-fikirkan...

"kadang kala,keindahan Islam itu sendiri dicalarkan oleh umat Islam itu sendiri"

wassalam...

Thursday, March 5, 2009

dap..dip..dup...



sweet memory 08..insyaAllah,there will be sweet memory 09..3rd and 1st year,together we unite...



assalamualaikum semua...hehe....hari ni(5 mac 09),birhday ahli bait...nama dia azlizan supian...sweet 21 ye izan...semoga pertmbahan umur seiring dgn pertmbahan amal ibadah...esok(6 mac 09),bermulalah episod perjuangan untuk mempertahankan kejuaraan kami dalam karnival sukan PERUBATAN yg akan berlangsung di mansourah...pelajar perubatan dari seluruh muhafazah akan turun padang untuk turut sama berjuang untuk menjadi juara...

saya,hehe...turut tidak ketingalan menyertai karnival tersebut..esok,lihatlah aksi saya dalam 'winter sonata' dan baka yang saya pendam selama ini,akan saya persembahkan dalam pertandingan pentomen...hehe...selamat berjuang untuk seluruh ahli perubatan zaqaziq...tahun ini,kita gembeleng kekuatan untuk mencapai kejuaraan...InsyaAllah..begitu juga dengan rakan2 yang berjuang untuk muhafazah masing2...

namun,diharapkan karnival sukan PERUBATAN ini,bukan diadakan semata2 untuk menunjuk kekuatan muhafazah masing2,tetapi semoga melalui program inilah kita dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar perubatan di bumi mesir....sama2lah kita jaga perilaku kita semasa perlawanan dijalankan agar tiada siapa yang akan terasa hati dengan kata2 pihak lawan...nauzubillah...

"yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita eratkan...riadhah mahabbah,ukhuwwah terserlah.. "

chaiyok2 warga zaqziq...

Wednesday, March 4, 2009

masam2 manis...



bergelar sebagai pelajar perubatan,ditambah pula dengan cabaran hidup sebagai perantau...hanya tuhan sahaja yang tahu suka duka kehidupan ini...kadang2 terasa futur(putus asa)...di saat itulah syaitan datang untuk timbulkan pelbagai kekesalan kerana memilih doktor sebagai bidang kerjaya dan menuntut ilmunya di bumi Mesir ini...

fikiran sentiasa berkecamuk tatkala penyesalan yang tidak bertempat itu bertandang di hati..geram rasanya...ada kalanya,saya terfikir,kenapalah saya yang terpilih belajar di sini..hajat di hati,memang hendak menuntut ilmu perubatan(cita2 dari kecil),tetapi tak pernah terlintas langsung pun yang saya akan menimba ilmu tersebut di bumi yang pernuh barakah ini..

setibanya di bumi anbia ini,pelbagai masalah dihidangkan...tidak memahami pembelajaran di dalam kelas kerana telor bahasa inggeris doktor sangat berlainan berbanding yang pernah saya pelajari dan mendengarinya ketika di m'sia..tiada rumah yg tetap ketika itu(alhamdulillah,skg rumah ok),keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang dan macam2 lagi...terlalu banyak untutk dirungkaikan..

Alhamdulillah,apabila rumah saya dikunjungi oleh bebrapa orang kakak dari cairo(kak cik n kak kahujah),ketika itu mereka menjadi naqibah untuk kumpulan usrah saya,seusai mereka bertanyakan masalah kami yang ingin dikongsi bersama,dan kami tanpa segan silu menceritakan masalah yang melanda diri sepanjang di bumi Mesir ini...

kakak2 tersenyum sahaja apabila kami melontarkan masalah yang kami hadapi di sini..mudah sahaja mereka meujuk hati saya dan sahabat2 saya barangkali..tafisran kepada sepotong ayat al-Quran dibacakan kepada kami...

"Diwajibkan atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
(surah al-Baqarah:216)



mukjizat Al-quran,memang ayat tersebut dapat memujuk hati saya...tika itu,saya rasa sangat bersyukur kerana terpilih untuk menuntut ilmu di bumi mesir ini...segala kejadian,pasti ada hikmahnya yang tersembunyi...Allah kurniakan saya akal,telinga,mata yang lengkap panca inderanya..kini,terpulang kepada saya sama ada hendak mensia2kan pinjaman ini atau memanfaatkan sebaik2nya...

kehadiran saya di bumi mesir ini,pasti ada hikmahnya...menuntut ilmu perubatan,itu sudah pasti ..tetapi,ilmu tibb sahajakah??

"sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah,maka mereka adalah pendakwah"...

maka,kewajipan ke ats diri ini juga untuk menimba ilmu agama...doktor muslimah,itulah matlamat saya dan sahabat2 juga...janganlah disia-siakan peluang berada di bumi anbiya' ini..di m'sia kelak,kita pasti akan bersemuka dengan penyakit fizikal dan rohani...persiapkanlah diri untuk menghadapinya...sebagai doktor muslim,penyakit rohaniah juga adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk memulihkannya...

sebagai peringatan kepada diri ini juga,tanggungjawab untuk berdakwah(amar ma'ruf,nahi munkar),bukanlah untuk golongan yang mendalami ilmu agama sahaja,tetapi ia menjadi kewajipan kepada semua umat islam...

wassalam....