Saturday, April 25, 2009

the road not taken

The road not taken..

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Copyright © 1962, 1967, 1970
by Leslie Frost Ballantine.



Wednesday, April 22, 2009

'Earth Hour': Ikut perintah Allah jika mahu selamat

Hampir sebulan berlalu sejak penghuni bumi menyambut 'Earth Hour' anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan tanggal 28 Mac, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan? Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan. Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang. Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT. Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud:

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT? Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.

Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin. Semua penyelewengan ini 'memanaskan' dunia, 'Earth Hour' hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin. _


p/s:dipetik drpd harakah daily

Thursday, April 2, 2009

"pacemaker"kah atau peacemaker??

mnta maaf chaq...umur kamu dah lama mencecah 21 tahun,baru saya nak wish awk di blog saya ni...internet yang sentiasa buat hal membuatkan chaq semakin kelihatan berusia dalam blog ni(hehe...jgn marah chaq)

mula2,sannah helwah buat sahabatku,Nafsah bt dulajis(2 april 09)...semoga pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal ibadah dan semoga tabah dan thabat dalam meneruskan perjuangan...
Chaq,

sesungguhnya,menjelang tarikh kelahiran ini,bererti usia semakin meningkat..semogakelanjutan usia ini menjadi satu rahmat untuk terus beribadah kepada Allah,jauh sekali daripada menderhakai perintah Allah..hari2 yang berlalu jadikan renungan dan pengajaran yang baik..yang baik dan manis jadi ingatan,yang pahit jadi pengajaran..itulah sebaik-baik muhasabah,sebagai panduan untuk menghadapi hari2 yang mendatang...semoga,kehidupann hari ini dan pada masa akan datang akan lebih cemerlang daripada kehidupan masa silam..
ukhuwwah fillah

sangkaanku tepat sekali...pasti akan ada yang bertanya...terima kasih ats pertanyaan tersebut..2 message aku proleh menerusi shoutbox ku dalam blog ini...

elkadeeja: salam ziarah .. pacemaker ke peacemaker? salam ziarah :)

khairaummah: pacemaker for SAN..peacemkaer lawan troublemaker x gitu?

lama juga aku berfikir untuk menentukan tajuk utama blog ini...

"cetusan ilmu di alam virtual"
pada mulanya,aku memilih ayat tersebut untuk dijadikan sebagai tajuk utama blog ini...tetapi,aku terasa berat...risau jika blog ini tidaklah seperti apa yang digambarkan oleh tajuk tersebut...

lantas,
"wanna be pacemaker,not trouble maker"
timbullah perkataan2 tersebut dalam fikiranku...kebetulan pula,aku namakan blog ini sebagai future-cardiologist(insyaAllah,i'll strive for it),maka moleklah andainya aku mengaitkan nama tersebut dengan tajuk utama blog ini...

cardiologist??
pengkhususan dalam bidang kedoktoran yang berkaitan dengan struktur,fungsi dan segala penyakit pada jantung...

maka,apa kaitan pacemaker dan cardiologist??
pacemaker:adalah alat yang digunakan untuk menghasilkan serta mengekalkan kadar degupan jantung bagi pesakit yang menghidapi sakit jantung(heart block)...
oleh itu,untuk meraka yang tidak menghidapi sebarang masalah dengan jantung,Allah telah menciptakan kita satu tisu khas yang digelar sebagai SAN(sino atrial node) yang fungsinya sama juga seperti pacemaker...

maka,SAN dan pacemaker diibaratkan seperti master (pusat) untuk memberi arahan kepada jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan kita melalui sistem saraf yang wujud dalam jantung itu...

kenapa
'pacemaker vs troublemaker'
@
'peacemaker vs troublemaker'

pada mulanya,ada juga terfikir untuk meletakkan peacemaker...akan tetapi,dek kerana keinginan untuk mengaplikasikan ilmu perubatan yang diperolehi ini dalam bentuk penulisan,maka saya simbolikkan "peacemaker(penjaga keamanan)" kepada "pacemaker"...

kaitan antara pacemaker dan peacemaker?
seperti yang saya nyatakan di atas,pacemaker bertujuan untuk memastikan fungsi jantung dapat berjalan dengan lancar walaupun wujudnya sedikit masalah pada jantung tersebut...begitu juga dgn peacemaker,pasti kita akan berusaha untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan komuniti kita walaupun ranjau permasalahan itu sentiasa mengekori "peacemaker" ini...

agungnya ciptaan Allah...segala sistem di dalam tubuh,ada hubung kaitnya dengan segala gerak geri psikologi manusia dalam melaksanakan rutin harian mereka...sebagai pelajar perubatan,kebesaran ciptaan Allah yang Maha Bijaksana sudah terang agi bersuluh dihidangkan kepada kita dalam setiap kali pembelajaran...Alhamdulillah terhadap nikmat yang tidak terhingga ini..

Sabda Rasulullah s.a.w,

"Brangsiapa yang bertambah ilmunya,tetapi tidak bertambah hidayahnya,maka dia semakin jauh daripada Allah"
(Petikan kitab Imam Al-Ghazali)

Wednesday, April 1, 2009

cepatlah....

sedih...geram...macam2 perasaan skg ni...cepatlah masa berlalu...nak balik....nak cepat masa berlalu,maksudnya x sabar nak ambil exam....ada juga terfikir x sabar nak ambil exam...tp,baca pun x habis lg...memahami apa yg dah dibaca pun belum khatam lg...geram sungguh dalam belajar medic,hanya terima sahaja...dan x mengingatinya pun satu hal lagi...rindu discussion group sewaktu di matriks...asz,waida,mash,ain,mas,mak wen chin,teh n jia hour....kenangan bersama mereka,masih segar di ingatan...kini,masing2 dgn cita2 mereka...dan saya di sini,terus dgn tanggungjawab saya juga....apa yang diamanahkan,bukanlah membebankan,tapi saya terasa x mampu...cepatkanlah waktu2 yg mendatang....25 july,x sabar utk hari itu...bukan nak lari drpd masalah,tp nak tenangkan diri utk mencari penyelesaian...kuala pilah,here i come....