Wednesday, December 30, 2009

learn from "cilia"


(pseudostratified ciliated columnar epithelium)

Doktor sangat bersungguh-sungguh menerangkan kepada kami(pellajar tahun 4) tentang "occupation medicine" bg topik pneumoconiosis.

Pneumo = lung = paru-paru
conio = dust = debu atau partikel2 halus seakan2 debu
osis = condition = kondisi

Ringkasnya,maksud pneumoconiosis adalah "dusty lung"..
Doktor menerangkan mekanisma pertahanan tubuh tatkala partikel2 halus tersebut memasuki saluran pernafasan kita..

Salur pernafasan kita terdiri daripada hidung,mulut dan seterusnya ke peparu melalui tekak kita:larynx,trachea and bronchiole..



Uniknya ciptaan Allah,"larynx" kita diliputi oleh sejenis epithelium iaitu "pseudostratified ciliated columnar epithelium"...


(histology picture)
Cilia itu saya ibaratkan seperti bulu-bulu kecil pada permukaan "larynx" kita.Doktor berkata,cilia pada permukaan larynx kita akan bergerak serentak dalam arah yang sama apabila bendasing memasuki slauran pernafasan kita.

Tatkala itu,saya teringat kepada firman Allah dalam surah As-saff ayat 4.Mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang kukuh"

Saya cuma ingin simbolkan di sini,
Seperti cilia yang terdapat pada permukaan larynx bergerak serentak dalam arah yang sama ketika cuba menyingkirkan bendasing dari saluran pernafasan kita.Di situ,wujudnya kesatuan antara cilia tersebut.

Begitulah juga manusia yang bergelar muslim,kita semua sayangkan Islam.Namun,alangkah indahnya jika kita seperti cilia tersebut,bersatu dalam menyingkirkan dan menghapuskan segala bendasing yang mampu menjatuhkan Islam.Kesatuan itu penting.Ia ibarat seperti catalyst(pemangkin) dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

Thursday, December 24, 2009

mabruk atul

Dear Maizatul Akmal bt Mohamad Nazri aka atul,
congratulation for getting 9A's in PMR 09..
one step forward to achieve your ambition as a doctor insyaAllah..
let this meaningful moment pass as history n continue to strive for all As' in SPM 2011..


Friday, December 11, 2009

which one??


(cardiologist)




(obstetric and gynecologist)


sometimes,i always think about my specialities in medicine.since i was 5 years old,i wanted to be cardiologist.The desire increase as i was in form 5.but now,as i go through 4th year in medicine and after having consulting with my friend about my criteria,my friend suggest me to be obstetrician and gynecologist(ONG)..and lately,my desire toward cardiologist slight deteriorate..but subject about heart and anything that related to systemic circulation is still on top of one of my subject that i can understand quite easily..but,now,i only need to focus on my studies and grab all the information that is given during lecture and round..may all the information given will be used and help me in the future as a doctor and lecturer and finally,assist me in choosing the specialities in medical field,insyaAllah...

Monday, December 7, 2009

merentasi 21

Apabila ditanya apa azam umur baru,hanya satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya,iaitu saya dah boleh mengundi ketika PRU di Malaysia nanti.Buat masa ini,impian tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan PRU 13 pun lambat lagi(tak silap seusai saya peroleh ijazah) dan jika PRU "just around the corner",akta yang diwujudkan membataskan keinginan saya untuk menjadi pegundi.

Tapi,pengundian exco-exco PERUBATAN pusat baru-baru ini menjadi langkah pertama saya untuk melaksanakan impian saya sebagai seorang pengundi.Keputusan pilihanraya PERUBATAN pusat telah diumumkan.Tahniah dan takziah diucapkan buat exco-exco PERUBATAN pusat bagi sesi 2010/2011 atas taklifan yang diamanahkan.

Zagzig bila lagi??tak sabar-sabar nak ambil bahagian sebagai pengundi.Sebenarnya,berdasarkan pemerhatian saya selama ini,seorang ketua atau pemimpin itu mesti kena banyak berkorban.Mereka berkorbanmasa(masa ulangkaji),wang(barangkali banyak digunakan untuk top up),jiwa(bersabar apabila menerima cemuhan,atau ketidakpuasan hati ahli)dan banyak lagi.Memang layak sungguhlah jika kita sebagai ahli menganugerahkan mereka tokoh tadhiyyah(tadhiyyah:yang sanggup berkorban) macam yang baru-baru ini dianugerahkan kepada Dr.Abdul Hadi dan Dr.Azlizan (wakil medic) dalam program raya haji(SHAHADAH 09) baru-baru ini.Tahnniah.

Memang layak sungguh sahabt-sahabt saya itu memperoleh gelaran tokoh Tadhiyyah.Izan,memang sibuk sentiasa.Namun,kesibukannya itu dalam organisasi tidak melupakan tanggungjawab dia kepada ahli bait.Macam Hadi pula,saya memang "tabik spring".Dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk dia berjalan sempurna kerana patah kaki,namun pasti jasadnya kelihatan dalam mesyuarat.Gigih sungguh beliau mendaki tingkat lima dewan DPMZ itu.

Sebenarnya,post kali ini,saya dedikasikan buat keluarga(mak,abah,shahir dan atul) sahabat-sahabat dan adik-adik(junior) saya di bumi Mesir amnya dan di zagazig khususnya atas ucapan-ucapan dan hadiah-hadiah yang diberikan tatkala usia ini menjangkau 21 tahun.Hana dah sibuk tanya di mana ulangtahun 21 diadakan..sabar ye Hana..Buat ahli bait Imarah Doktor Yusuf(kak wahida,adila,nisa' dan alia),minta maaf,asyik tertangguh sahaja rancangan kita untuk menjamu selera bersama-sama.Memang rindu untuk bersama-sama dengan awak semua.





(sebelum hadiah dibuka)




(unexpected cake)



(penyediaan sarapan oleh chef adila)



(Adila,Aizah,Amirah,Husna,Safiyyah dan Athirah(junior baru) : thanx for the gift)

*baru perasan,kebanyakan hadiah tersebut ada unsur-unsur merah jambu* :)

Sunday, December 6, 2009

kasihmu amanahku..

Alhamdulillah,jumaat lepas(4/12/09),smart circle perubatan bagi tahun 1 dan 2 berjalan dengan lancar walaupun tidak semua dapat bersama dalam halaqah keilmuan ini.sedih juga kerana ahli keluarga tidak cukup.diharapkan,walaupun kami tidak dapat sama-sama berkumpul,saya mengharapkan agar adik-adik smart circle saya melakukan perkara yang bermanfaat dan tidak melanggar syarak..

Untuk adik-adik smart circle jannatul firdaus(asiah,hafidza,izzati azyan,sofieyah,aishah,akashah & anis),akak gembira mendapat adik-adik yang bersama-sama menghidupkan suasana kekeluargaan dalam smart circle kita.semoga hari-hari yang mendatang,membuatkan kita lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain.semoga ikatan yang terjalin itu berteraskan ukhuwwah fillah bukan friendship forever.

Buat adik-adik smart circle aishah humaira'(syafiah,intan,azhani,amirah,adila,nazilah,kaka,hamizah & keyda) dan tidak dilupakan buat sahabat tersayang,safiyyah aminuddin,semoga ukhuwwah antara kita semakin teguh dalam melayari bahtera sepanjang bergelar sebagai seorang pelajar perubatan dan insyaAllah,sebagai seorang doktor muslim juga.semoga,kebersamaan kita ini mnejadi pemangkin untuk mencapai kejayaan.

Tidak lupa juga,buat sahabat-sahabat smart circle syifa'(aizah,huda,hana,wani,tj dan kak maya),semoga smart circle menjadi satu medium kepada kita untuk lebih memahami dan mengenali antara satu sama lain walaupun sudah 3 tahun lebih kita bersama.semoga,ikatan yang terjalin ini tidak putus setelah kita semua bergelar doktor.insyaAllah,jika ada kelapangan dari segi material dan masa,kami yang semenanjung ingin ke sabah.'Sabahan" juga jangan lupa untuk ke semenanjung. ;)saya sayang kamu semua.

Terima kasih.Kalian adalah pemacu survival saya dalam melaksanakan taklifan yang diamanahkan.Buat sahabat-sahabat tahun empat,terima kasih kerana kebersamaan anda selama 3 tahun lebih ini menjadi pemangkin menuju kejayaan.Memang benar,kasih sayang anda semua adalah amanah kepada saya untuk memeliharanya..



(smart circle aisyah humaira')